Gara-gara meneran terlalu kuat ketika membuang air besar, seorang wanita di Hong Kong mengalami hilang daya ingatan 10 tahun.
Melihat mangsa menjadi tidak tentu arah, keluarganya membawa ke hospital tetapi doktor mendapati otaknya berfungsi seperti biasa dan normal.
Rupa-rupanya, mangsa hanya mengalami hilang ingatan selama lapan jam dan selepas pulih, dia langsung tidak mengingati apa yang berlaku
Seorang pakar neurologi, Dr Peng Jiaxiong menjelaskan, istilah perubatan penyakit itu dikenali sebagai amnesia sementara yang mungkin disebabkan ketidakcekapan injap urat jugular dalaman di mana aliran darah ke otaknya terjejas.
Ini menyebabkan oksigen yang dibawa ke otak tidak mencukupi kerana sembelit dan doktor itu menjelaskan kejadian seperti itu jarang berlaku.
Bukan sahaja berpunca dari sembelit, mereka yang mengangkat objek berat atau mengalami tekanan emosi melampau berisiko besar untuk mengalami masalah itu.

Penjanaan Imej 4o Kini Dilancarkan Untuk Pengguna ...

Data Minimum 5gb Percuma Buat Rakyat Malaysia Pada ...

Hampir Sempurna, Bacaan Al-quran Fathia Latiff Dip ...

Makluman: 50% Diskaun Bayaran Tol Sempena Hari Ray ...