Berang dengan sikap sikap suami yang selalu berlaku curang dan mendera dirinya, seorang wanita menikam suaminya ketika tidur dalam kejadian di bilik sewa sebuah bangunan kedai di Bandar Cenderawasih, Sahabat 7, Lahad Datu, Jumaat lalu.
BACA : Bengang Dimarah Balik Lewat Malam, Suami Bunuh & Bakar Isteri Dalam Tong Drum
Dalam kejadian 7.20 pagi itu, mangsa yang dikenali sebagai Rasalan Jaya, 32 tahun, parah di bahagian perut akibat selepas ditusuk pisau oleh suspek yang berusia 26 tahun.
Menurut MyMetro, mangsa dilaporkan meninggal dunia di Hospital Lahad Datu pada 5.05 pagi Sabtu lalu.
“Mangsa mencabut pisau dan lari menuju ke klinik berdekatan manakala suspek sempat membuang pisau itu keluar melalui tingkap,” – Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Nasri Mansor.
Sepasukan anggota polis bergegas ke lokasi sebaik menerima maklumat berhubung kejadian itu dan berjaya menahan suspek yang bersembunyi di dalam bilik dan ketika ditahan hanya mendiamkan diri sebelum dibawa ke Balai Polis Cenderawasih.
“Hasil siasatan lanjut mendapati, punca kejadian disebabkan mangsa selalu mendera suspek dan tidak memberikan nafkah kepada anak mereka.
“Pada masa sama, mangsa berlaku curang terhadap suspek sejak 2014, bagaimanapun suspek hanya membiarkan mangsa kerana bimbang rumah tangga mereka retak.
“Bagaimanapun, akibat tidak dapat mengawal emosi, suspek merancang menikam mangsa berkenaan,” – Nasri Mansor
Suspek ditahan oleh polis dan merampas pisau sepanjang 25 sentimeter untuk dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.