Get $25 free
loading...

“Saya Ada Dengar Bunyi ‘Beep’, Tapi Tak Tahu Di Mana” – Lelaki Ini Tertelan AirPods Masa Tidur

Seorang lelaki mencari Apple AirPods menggunakan aplikasi Find My iPhone hairan dengan bunyi ‘beep’ dari AirPods sangat dekat tetapi tidak tahu di mana tempat yang sebenarnya benda itu berada.

Lelaki yang dikenali sebagai Xu mencari AirPods miliknya terkejut selepas mengamati bunyi ‘beep’ itu sebenarnya datang dari dalam tubuhnya dan dia sedar dia telah tertelan AirPods itu semasa sedang tidur.

Menurut portal Apple Daily, kejadian yang dipercayai berlaku pada 23 April di Kaohsiung, Taiwan itu menyebabkan Xu terpaksa berjumpa doktor walaupun tidak rasa terganggu dengan AirPods di dalam tubuhnya.

Doktor melakukan x-ray pada tubuhnya dan mendapati AirPods tersebut memang berada di dalam sistem pencernaannya dan memberi Xu ubat julap kepada Xu dan meminta Xu fokus kepada najisnya semasa membuang air besar nanti.

Keesokan harinya, Xu membuang air besar dan berjaya mengeluarkan AirPods tanpa sebarang masalah dan terus membersihkannya.

Selepas membersihkannya, ternyata AirPod tersebut masih berfungsi dengan baik walaupun mungkin ada bau yang sedikit yang kurang menyenangkan. Heh!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Previous
Next Post »
loading...