Aliff Aziz secara tiba-tiba memuat naik status di Twitter yang membayangkan ingin merujuk semula perkahwinan dia bersama bekas isterinya, Bella Astillah.
BACA : “Saya Tidak Membenci Aliff Aziz, Dia Tetap Ayah Ayden” – Bella Astillah
Akhirnya Bella bersuara mengenai status yang dikaitkan dirinya itu dan menjelaskan dia perlu menjaga hati banyak pihak dalam memberi sebarang kenyataan berkaitan kontroversi rumah tangga mereka sebelum ini.
“Saya tidak mahu komen
“Kami baru bercerai dan saya pula sudah mula fokus bekerja. Saya tidak mahu orang cakap saya tak henti-henti keluar kenyataan,” – Bella Astillah.
Aliff Aziz memuat naik status yang memberi bayangan agar disatukan jodohnya namun tidak pasti sama ada untuk Bella ataupun orang lain, memetik mStar.
“Ya Allah satukanlah jodoh kami. Seandainya dia bukan jodohku, jadikanlah aku jodohnya,” tulis Aliff di Twitter.
Status tersebut menimbulkan teka-teki dan kita tunggu pula kenyataan daripada Aliff Aziz mengenai status tersebut sama ada ditujukan kepada Bella ataupun kepada kekasihnya yang lain.

248 Stesen Minyak Di Kelantan Kekal Beroperasi Pad ...

Kelayakan Piala Asia Wanita: Malaysia Hadapi Cabar ...

Dipaksa Pindah? Ramasamy Dakwa Pihak Kuil Jadi Man ...

Tiket Kids Ceo Playland, Penang Harga Tiket Masu ...