Get $25 free
loading...

“Bukan Boleh Kaya Pun Guna Muka You!” – Chef Wan Mahu Serina Saman Peniaga Biadap

Marah betul Chef Wan dengan seorang peniaga kuih karipap di bazar Ramadan yang menggunakan wajah anak perempuannya, Serina Redzuan untuk melariskan jualan kuih yang dijualnya.

Menerusi Instagram, Chef Wan mendedahkan perkara tersebut dimaklumkan oleh Serina semasa dia berkunjung di Bazar Ramadan di Kelana Jaya, Melawati dan Damansara Jaya.

Serina menegur peniaga tersebut, tetapi malangnya dia dijawab dengan biadabnya membuatkan Chef Wan berang dengan peniaga terbabit.

“Ala bukan boleh kaya pun menggunakan muka you!”

“Punyalah kurang ajar sikap beliau ini. Tak malu ke? Dah la bukan Ramadan mencari rezeki yang haram eksploitasikan nama orang lain! Apa nak jadi tak tahu malu ke muka tu?” – tulis Chef Wan di Instagram

Berang dengan peniaga yang biadap itu, Chef Wan menyuruh Serina membuat laporan polis dan dapatkan peguam untuk saman dia habis-habisan, dan kos guamannya akan ditanggung oleh Chef Wan.

“Just to show all this idiots tidak sesuka hati memperdagangkan nama selebriti untuk melariskan jualan mereka! Otak memang letak bawah lutut.

“Dengar cerita bukan baru lagi, dah bertahun buat kerja macam ni!

Menurut Chef Wan, bukan Ramadan tahun ini saja peniaga tersebut menggunakan banner gambar Serina tertulis ‘Bersama Serina Redzuan’ itu, malah sudah lama dan bertahun gambar tersebut digunakan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Previous
Next Post »
loading...