Get $25 free
loading...

“Saya Pula Dimarahinya” – Lelaki Tampar Wanita Tak Bagi Signal Dibebaskan & Menceritakan Kejadian Sebenar

Selepas empat malam bermalam di dalam lokap, akhirnya lelaki yang menampar dan menumbuk seorang pemandu wanita yang tidak memberi signal telah dibebaskan Isnin lalu.

BACA : Punca Sebenar Lelaki Tampar Wanita Tak Bagi Signal

Mohd Syukrey Adin, 37 tahun telah disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat sehingga menyebabkan kerosakan harta benda dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.

“Semua sudah tahu punca kenapa saya memukul wanita itu dan saya sudah pun menerima hukumannya dengan dua kesalahan.

“Memang perit tetapi dalam masa sama saya berpuas hati kerana saya percaya apa yang berlaku dapat memberikan pengajaran kepada semua,” – Syukrey Adin.

Syukrey menceritakan kejadian sebenar tempoh hari yang dirinya dimarah oleh wanita tersebut dan sekiranya dia angkat tangan atau minta maaf, mungkin perkara itu tidak terjadi.

“Tetapi dalam insiden hari tu, saya pula dimarahinya. Mungkin kalau dia angkat tangan atau minta maaf benda ni takkan jadi.

“Saya manusia, ada perasaan tapi saya takkan suka-suka pukul orang lain. Tetapi itulah, bila keadaan tak terkawal, saya terus bertindak macam tu.

“Dalam video nampak seperti saya tumbuk, tapi sebenarnya saya hanya tolak muka dia,” – Syukrey Adin

Syukrey juga menjelaskan kepada pihak polis yang dia sudah mengaku semua kesalahannya dan memberi peringatan kepada semua pemandu kenderaan supaya lebih bertanggungjawab kerana nyawa penunggang motosikal terletak di tangan mereka.

Sumber : mStar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Previous
Next Post »
loading...