Sebelum ini, isteri kepada pelakon Ammar Alfian iaitu Nelissa Nezam memuat naik status di Instagram yang mendakwa suaminya itu berlaku curang terhadap dirinya yang sarat mengandung.
BACA : Hamil 6 Bulan, Isteri Dedah Ammar Alfian Curang?
Terkesan dengan tuduhan itu, Ammar Alfian akhirnya tampil menjelaskan situasi sebenar yang mengatakan dakwaan itu sebagai fitnah, lapor mStar.
Malah, Ammar memberitahu isterinya turut mengakui kesilapan selepas menghebohkan dakwaan berkenaan di media sosial.
“Saya memilih untuk berdiam diri kerana anda tidak layak untuk mengetahui kebenaran yang anda tidak akan pernah tahu.
“Untuk pengetahuan anda, isteri saya telah memohon maaf atas setiap kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini.
“Saya juga memaafkan dia seperti mana saya maafkan anda atas spekulasi serta fitnah terhadap saya,” Ammar Alfian.
Ammar telah memuat naik kenyataan tersebut menerusi Instastory miliknya pada Selasa lalu namun dia memadam kenyataan itu selepas lima minit.
Kenyataan isteri Ammar menerusi Instastory
Ammar juga mengaku telah menyekat beberapa akaun peminat termasuk rakan yang dirasakan berpura-pura untuk berkawan dengannya.