Get $25 free
loading...

Rakam & Simpan Gambar Bogel Isteri Rakan, Lelaki Dibunuh Dengan Kejam

Seorang lelaki maut dibelasah apabila kantoi menyimpan gambar isteri rakannya yang sedang mandi dalam keadaan berbogel di dalam telefon bimbit.

Kejadian di sebuah rumah di Bandar Baru Sungai Buloh Jumaat lalu diketahui pihak polis apabila menerima panggilan Mers999 daripada seorang lelaki tempatan memaklumkan anaknya dipukul hingga tidak sedarkan diri.

Siasatan awal pihak polis mendapati, mangsa yang juga rakan kepada suami wanita terbabit dikatakan mengambil gambar bogel ketika isteri suspek sedang mandi dan menyimpannya di dalam telefon bimbit.

Sebelum kejadian, mangsa telah datang ke tempat kejadian setelah dipanggil oleh isteri kepada suspek ke rumahnya untuk bertanyakan mengenai gambar bogel milik wanita itu.

Apabila mangsa sampai di sana, mangsa disyaki telah dipukul dengan menggunakan rotan oleh empat suspek terdiri daripada tiga lelaki dan seorang wanita.

Wanita tersebut mendakwa mangsa pernah mengugut dirinya agar mengikut kehendaknya jika tidak mahu gambar itu disebarkan ke laman media sosial secara meluas.

Kesemua suspek berusia 26 hingga 36 tahun itu kini direman tujuh hari sehingga Jumaat ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sumber : Sinar Harian

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Carian Anda :
Previous
Next Post »
loading...