Get $25 free
loading...

Tidak Mahu Pelanggan Berlapar, Pengurus KFC Sunway Pyramid Belanja Guna Duit Poket Sendiri

Tidak ramai yang berhati mulia seperti seorang lelaki yang merupakan pengurus KFC di Sunway Pyramid apabila tidak sanggup melihat salah seorang pelanggannya balik dalam keadaan kelaparan.

BACA : “Saya Marah Tau Tak? Saya Lapar Tau, Mana Pesanan Saya?!” – Pelanggan Mengamuk di KFC

Pengurus KFC tersebut seorang lelaki yang berusia dalam lingkungan 30 tahun dan dikenali sebagai Nazrin Ramli sanggup mengeluarkan duit poket sendiri untuk membayar makanan kepada seorang pelanggan.

Pelanggan terbabit, Gary Chong terdetik untuk menceritakan pengalaman tersebut di laman media Facebook miliknya selepas 3 atau 4 minggu perkara tersebut berlaku.

Cerita dia macam ni, Gary sedang dalam perjalanan balik pada malam itu dan jam lebih kurang 12.30 malam, lalu berhenti di KFC tersebut kerana berasa lapar.

Gary pun memesan makanan di KFC itu, memandangkan jam sudah 12.30 malam, sudah pasti perkhidmatan ATM tidak aktif dan dia hendak membayar menggunakan kad kredit disebabkan tiada wang tunai yang mencukupi.

Namun malang bagi Gary kerana sistem kad kredit turut tidak dapat digunakan. Gary hanya mampu mengucapkan terima kasih kepada staff KFC dan keluar dari premis itu.

“Encik!”

“Rezeki jangan ditolak bang.” – Nazrin Ramli

Belum jauh dia melangkah, seseorang telah memanggilnya dan Gary terkejut melihat pengurus KFC itu bergegas ke arahnya dan menawarkan untuk membayar makanan dari duit poketnya sendiri.

Perkongsian Gary di Facebook itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen dan rata-rata mereka memuji tindakan Nazrin dan ada juga yang mahu KFC Malaysia menjadikan Nazrin sebagai contoh kepada staff KFC yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Previous
Next Post »
loading...