Get $25 free
loading...

Makan & Tidur Di Sebelah Mayat Ibu Yang Kian Membusuk Selama 4 Bulan

Seorang lelaki berusia 40 tahun dari Tangkak, Johor telah tinggal bersama mayat ibunya selama 4 bulan dan membiarkan mayat ibunya duduk di atas kerusia serta menemannya setiap hari.

BACA : Penduduk Minum Air Mayat Gadis Cantik Selama Setahun

Bukan itu sahaja, menurut China Press, lelaki itu juga didakwa didiagnosis dengan kemurungan turut makan di sebelah mayat ibunya yang berusia 85 tahun walaupun mayat ibunya mengeluarkan bau yang sangat busuk.

Lelaki yang tinggal bersama ibunya sejak bapanya meninggal dunia dalam kemalangan beberapa tahun lalu itu terpaksa menutup pintu dan tingkap rumah 24 jam setiap hari kerana risau dengan bau tersebut dihidu oleh jiran dan mengelak lalat masuk ke dalam rumah.

Rahsia menyembunyikan mayat ibunya disedari oleh sepupunya yang ingin melawat tetapi dihalang oleh lelaki tersebut dan apabila sepupunya kerap cuba melawat, barulah lelaki tersebut memberitahu ibunya sudah meninggal dunia pada 13 Januari lalu.

Sepupu lelaki itu terus melaporkan kepada pihak polis dan semalam polis sampai ke rumah lelaki tersebut dan dapati mayat ibu lelaki itu masih duduk di kerusi dan tiada bekas luka atau luka yang mencurigakan ditemui pada mayat ibu lelaki itu.

Rupa-rupanya ada seorang jiran menghidu bau yang sangat busuk pada bulan lepas tetapi dia menyangkakan bau tersebut adalah air kencing dan najis ibu lelaki itu.

Jiran lelaki itu juga mendakwa ada melihat lelaki tersebut mencurahkan cecair kuning dari bekas dan tidak menyangka cecair itu dari mayat yang membusuk.

Menurut laporan Guang Ming Daily’s, lelaki itu memberitahu dia tidak melaporkan kepada polis kerana takut ditangkap polis dan dia juga tahu bahawa ibunya sudah meninggal ketika tubuhnya mula membengkak pada hari kedua kematiannya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Previous
Next Post »
loading...