Jika anda penggemar makanan bakar atau panggang terutamanya makanan laut, jiwa anda akan rasa terbakar apabila melihat menu yang Restoran Bakau Je sediakan.
Korang bayangkan set ikan siakap bakar boleh makan untuk 3 orang hanya berharga RM18 per pax! Dapat pulak dengan nasi sekali dengan air. Haa… mana nak dapat harga semurah itu dan disertakan dengan sambal Portugis mereka yang umphhh itu.
Sempena bulan Ramadan ni pula, Restoran Bakau Je juga menyediakan menu untuk berbuka puasa sama ada makan di kedai mahu pun bungkus dan bawa balik untuk berbuka puasa di rumah. Jangan buka puasa dalam semak pulak!
Antara menu yang laris dan wajib dicuba di Restoran Bakau Je ini adalah Siakap Bakar Portugis, Sotong Monster XXL dan Shell Out Creamy.
Okay, bagi yang merancang untuk berbuka puasa di Restoran Bakau Je ni, korang bolehlah hubungi nombor telefon 0106659756 atau Whatsapp no tersebut untuk tempahan meja.
Bukan apa, kalau korang datang tanpa buat tempahan meja, takut korang datang berdiri dan hanya mampu melihat orang lain tengah makan Sotong Bakar Bersambal sahaja. Takut meja penuh!
Kepada yang masih belum tahu lokasi Restoran Bakau Je ini, korang boleh ikut lokasi Google Maps ini: https://goo.gl/maps/GPYyWRxwtyx atau jika menggunakan aplikasi Waze, korang boleh masukkan : Warong Bakau Je dalam ruangan search.
Oh ya, waktu Restoran Bakau Je ni beroperasi bermula jam 6 petang hingga 12 malam sahaja, jangan pula korang datang pagi atau tengah hari pulak okay!
Kalau nak tahu info lebih lanjut atau usha lagi gambar-gambar menu yang lain, boleh terjah di sosial media ‘Restoran Bakau Je’ ni… sebab dalam artikel ni hanya 10% sahaja menu yang ditunjukkan.
Facebook : Bakau Je
Instagram : bakau.je
Untuk sebarang tempahan atau pertanyaan, korang bolehlah WhatsApp no 0106659756 atau klik link –> http://bit.ly/2Jioraf
Kalau korang datang ke Melaka lepas ni, korang wajib masukkan dalam jadual korang untuk datang makan di Restoran Ikan Bakar No 1 di Melaka ini.