Get $25 free
loading...

“Nasib Tiada Senjata Tajam, Kalau Ada Mesti Saya Sudah Tikam Mereka” – Pemilik Kereta Honda Dedah Cerita Sebenar

Sebelum ini, video kejadian wanita menyembur racun serangga kepada penarik kereta viral di Facebook membuatkan wanita yang juga pemilik kenderaaan tersebut tampil memberi penjelasan dan kejadian sebenar.

BACA : “Tolong! Perogol! Peragut!” – Tak bayar Kereta Honda 5 Bulan, Pemilik Sembur Penarik Kereta Guna Penyembur Serangga

Menerusi laman Facebook yang menggunakan nama IeYna AdLina ini, dia memberitahu kejadian itu berlaku pada jam 1 tengah hari Rabu, 15 Mei 2019 di hadapan Bank Islam, Kuah, Langkawi, Kedah.

Sebelum kejadian seperti di dalam video yang viral itu, wanita yang dikenali sebagai Nurul Adlina mendakwa penarik kereta tersebut datang seperti penyamun dan berkasar dia dan anaknya mahu mengambil kereta yang bukan hak milik dia.

Semasa wakil penarik kereta yang memakai kopiah masuk ke bahagian pemandu, wanita itu mendakwa dia ditolak menggunakan siku sehingga dia tersandar pada kerusi kereta.

Maka, bermulalah adegan menyembur menggunakan penyembur serangga yang baru saja dibeli olehnya yang kita boleh saksikan di dalam video tersebut.

Perhatian kepada semua netizen yang viralkan video saya dan yang komen tentang video ini. Baca betul-betul keterangan ini. Ini bukan rekaan semata-mata. Kalau nak tahu betul ke tidak, tolong bagi kerjasama untuk pihak yang berkuasa jalankan tugas.

Saya Nurul Adlina seperti yang tertera di dalam video tersebut. Pada hari kejadian, saya dan anak saya berumur dua tahun. Saya pergi ke Bank Islam, Kuah, Langkawi, Kedah, untuk membeli sedikit barang rumah bersama anak. Semasa saya keluar dari bank, saya didatangi dua orang lelaki dan berkasar dengan saya dan anak saya, menyatakan mereka mahu mengambil kereta yang bukan hak milik saya. Sekiranya saya tidak mahu bagi kereta, saya perlu membayar kepada mereka.

Dalam kejadian itu, pakcik tua itu telah menyinggung saya sehingga saya tersandar di kusyen kereta. Lalu saya dapat mencapai ridsect yang dibeli. Saya seorang perempuan, apabila mereka berkelakuan sedemikian, saya dan mana-mana perempuan sekali pun akan bertindak begitu (menyembur racun serangga). Nasib dalam kereta saya tidak ada senjata tajam. Kalau ada, mesti saya sudah tikam mereka kerana saya panik dan mahu mempertahankan diri dan anak saya.

Kalau betul mereka ejen sah penarik kereta, mereka tahu undang-undang untuk tarik kereta, bukannya datang seperti penyamun. Wajar bagi saya berbuat demikian kerana nak pertahankan diri dan anak. Saya bukan nak pertahankan kereta yang bukan hak milik saya yang sah.

Mereka (penarik kereta) juga membuat laporan polis ke atas saya menyatakan saya memukul mereka dan menyembur mereka dengan ridsect seperti di dalam gambar. Tapi kenapa mereka menghilangkan diri setelah kes ini berjalan dan sekarang masih dalam siasatan.

Pihak polis tidak dapat menghubungi mereka dan sekiranya pihak-pihak yang memberi komen dan berkata melulu sedangkan tidak tahu perkara sebenar ini mengetahui siapa mereka dan tahu di mana mereka berada, tolong bagi kerjasama kepada pihak berkuasa. Bukan viral benda yang tidak pasti dan tidak tahu hujung pangkal.

Saya tunggu mereka di IPD pada malam kejadian, tetapi mereka tidak hadir. Kalau mereka tidak bersalah, tolong hadir ke IPD Kuah di mana mereka sendiri yang membuat laporan sedemikian.

Setelah siasatan dijalankan, barulah netizen boleh menghukum dan viral sekiranya ternyata saya yang bersalah. Sekian terima kasih kepada yang telah memfitnah saya di bulan yang mulia ini. Saya redho.

Laporan polis berbeza dengan kenyataan di Facebook

Berbeza pula dalam laporan polis yang dibuat oleh Nurul Adlina, di mana dia mendakwa dia dikasari oleh penarik kereta tersebut dan keluar dari kereta itu bersama anaknya kerana takut dan bimbang dengan keselamatan diri.

Lepas keluar, dia datang semula ke kereta dan cuba menghalang mereka untuk mengambil kereta miliknya itu.

Video adik wanita kena tarik kereta mengamuk bawa samurai

Menurut perakam video terbabit, selepas membuat laporan polis, mereka (penarik kereta) pergi ke rumah pemilik kereta tersebut untuk mendapatkan kereta itu tetapi tidak berjaya apabila adik kepada wanita itu mengugut akan mencederakan mereka dengan senjata tajam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Previous
Next Post »
loading...