“Adakah minda Zionis telah masuk ke TV3?” Itulah persoalan utama yang diajukan oleh Ustaz Haji Omar Kassim melalui laman Facebook rasminya semalam apabila TV3 menggelarkan pejuang Gaza, Palestin, sebagai ‘Militan’ dalam satu ruangan berita.
Dalam pada itu, beliau menggesa supaya Menteri Komunikasi dan TV3 mesti memohon maaf kerana itu adalah satu perkara yang biadap.
Orang Palestin di
Bukankah di sana ada bayi-bayi dan anak-anak yang tidak berdosa cedera dan menjadi korban? Apa kamu tidak membaca, telingamu tuli? – tulis Ustaz Haji Omar Kassim di Facebook
Beliau juga memberitahu rakyat Gaza bertindak balas apabila diserang Palestin, sebagaimana Tok Janggut dulu bertindak balas menentang Inggeris.
Melihat tiada sebarang respon dari menteri komunikasi dan TV3 mengenai perkara terbabit, sekali lagi Ustaz Haji Omar Kassim mengemaskini status Facebook miliknya bersama gambar-gambar kekejaman Israel kepada rakyat Palestin.
“Tuan puan sudah mendengar permohonan maaf dari TV3 dan menteri berkenaan kerana menggelar pejuang dan rakyat Gaza yang menyerang balas serangan Zionis Israel sebagai MILITAN?
Kita belum mendengarnya. Mungkin imej-imej “militan” ini boleh membantu pihak TV3″- tulis Ustaz Haji Omar Kassim di Facebook
Beliau berharap gambar-gambar tersebut membuka mata kepada pihak TV3 supaya lebih peka dengan isu semasa dan membuat permohonan maaf dalam waktu yang terdekat.

Poco F7 Pro Dan F7 Ultra Dilancarkan, Harga Bermul ...

Dengan Siapa Saya Boleh Bersalam? Jakim ...

Juruterbang Lupa Bawa Pasport, Pesawat United Airl ...

Hafiz Mahamad Belanja Staf Baju Raya, Habis Hampir ...