Get $25 free
loading...

Samseng Botak Pecah Cermin Kereta Ditangkap Polis, Motosikal & Helmet Dirampas

Penunggang motosikal yang bertindak menghentak cermin sebuah kereta hingga pecah telah ditangkap polis petang tadi dan motosikal serta helmet suspek turut dirampas.

BACA : Marah Kena Hon, Penunggang Motosikal Pecahkan Cermin Kereta Ala-ala Gangster

Menurut portal Harian Metro, lelaki berusia 30-an itu ditangkap oleh sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang, pada jam 3 petang.

“Siasatan mendapati suspek bekerja sebagai pembantu stor kilang di Balakong.

“Polis turut merampas sebuah motosikal dan topi keledar yang disyaki digunakan semasa kejadian.

“Perintah reman akan dipohon mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah di Mahkamah Petaling Jaya dan siasatan lanjut kini sedang diteruskan,” – Ketua Polis Daerah Serdang.

Terdahulu, viral sebuah video rakaman ‘dashcam’ memaparkan seorang penunggang motosikal bertindak samseng dengan menghentak cermin sebuah kereta sehingga pecah kerana tidak berpuas hati apabila pemandunya membunyikan hon di Jalan Kasturi, Seksyen 12, Taman Bukit Serdang jam 5.30 petang kelmarin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Previous
Next Post »
loading...