Walaupun sedang hamil, pelakon Elfira Loy tetap berusaha gigih untuk berpuasa dan dia memberitahu pada hari pertama Ramadan, dia diuji apabila badannya kurang selesa, cepat loya dan kembung perut.
Menurut portal Berita Harian, Elfira berjaya berpuasa penuh pada hari pertama Ramadan, namun gagal pada hari kedua Ramadan kerana merasakan dirinya di dalam dilema.
“Saya lelapkan mata dan apabila bangun, saya ke dapur menyediakan juadah berbuka. Alhamdulillah, saya dapat berpuasa penuh.
“Cuma pada hari kedua Ramadan, saya tewas. Ada ketika, saya dalam dilema sama ada mahu berpuasa atau tidak, tetapi selagi tidak membebankan diri dan membahayakan kandungan, saya akan cuba,” – Elfira Loy.
Kasihan dengan Elfira yang tidak berdaya kerana berdepan dengan alahan dan dia turut menjelaskan setiap wanita hamil tidak sama.
Sumber : Berita Harian