Get $25 free
loading...

Ibu Bapa Terkejut Doktor Bedah Perut Anak Sedangkan Anak Sakit Hidung

Seorang budak lelaki, Mohammed Danish berusia tujuh tahun mengalami saat getir apabila perutnya dibedah sedangkan masalah sebenarnya adalah pada hidung.

Doktor yang melakukan pembedahan hernia sepatutnya membuang polip pada hidung budak lelaki itu di hospital di daerah Kerala Malappuram, India.

Ibu bapa Danish dari daerah Karuvarakundu terkejut apabila melihat anak lelaki mereka dibedah pada perut, bukannya membuang polip di hidungnya.

Menurut portal IndiaToday, kekeliruan timbul berpunca daripada nama dua pesakit yang hampir sama iaitu Dhanush yang sepatutnya menjalani pembedahan hernia berkenaan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Previous
Next Post »
loading...