Get $25 free
loading...

“Video Tu Sebenarnya Untuk Promo Produk Terbaru Saya” – JKM Cari Aliff Syukri

Susulan daripada laporan oleh NGO mengenai kes dera anak semalam,  usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri memaklumkan ada menerima kunjungan pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) pada pagi tadi, namun mereka tidak sempat bertemu kerana dia sibuk.

BACA : Datuk Aliff Dera Anak, NGO Buat Laporan Polis

“Pihak JKM ada datang ke pejabat kami pagi tadi tapi saya dan isteri tiada ketika itu kerana sibuk menguruskan acara petang ini, jadi tak sempat nak jumpa.

“Polis juga ada hubungi saya dan bertanyakan beberapa perkara mengenai laporan mendera anak itu. – Aliff Syukri

Lapor mStar, Aliff Syukri menjelaskan dia berasa hairan dan pelik apabila perkongsiannya itu menarik perhatian ramai sehingga menerima kritikan dan kecaman oleh netizen serta sesetengah pihak yang tidak puas hati.

Ujarnya, sebelum ini dia pernah berkongsi beberapa kejadian rompak dan curi yang pernah berlaku terhadapnya, namun sehingga kini tiada sebarang tindakan.

Dia juga berasa hampa apabila dia berkongsi mengenai pekerjanya yang pecah amanah dan barang dia dicuri tak ada apa tindakan dan semua orang diam sahaja.

“Apa-apa pun saya nak mohon maaf jika video itu membuatkan ada pihak rasa kurang senang dan percayalah tak ada niat nak mendera anak.

“Pada mulanya saya muat naik video itu sebab merancang nak keluarkan produk krim untuk badan tapi jadi lain pula bila ia tular,” – Aliff Syukri

Seperti biasa, Aliff Syukri akhirnya memohon maaf jika tindakannya mendidik anak itu kurang disenangi sesetengah pihak sehingga menjadi viral dan menerima kunjungan pihak-pihak tertentu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Previous
Next Post »
loading...