Get $25 free
loading...

Remaja Mengaku Menembak Monyet Hanya Untuk Suka-suka

Seorang remaja lelaki yang menembak seekor monyet gara-gara tidak menyebut ‘baby sayang’ mengaku hanyalah untuk suka-suka sahaja.

BACA : Lelaki Tembak Monyet ‘Baby Sayang’ Ditangkap Polis Bersama Bapa

Kejadian di Lambor Kiri, Bota, lebih kurang jam 10 hingga 11 pagi pada 18 Mei lalu, remaja lelaki berusia 18 tahun itu menembak monyet liar dengan satu das tembakan sebelum membuang bangkai haiwan itu ke dalam sungai di Bota.

Sebelum ini pihak polis menahan bukan sahaja remaja terbabit, malah bapanya berusia 54 tahun yang juga pemilik senjata api berkenaan turut ditahan untuk siasatan lanjut.

Dua beranak berkenaan ditahan di rumah mereka di Taman Kenangan, Sitiawan pada 9.20 malam tadi dan merampas sepucuk pistol warna hitam jenis Glock 42, sarung pistol, 12 peluru dan lesen pemilikan senjata api yang tamat tempoh 28 Jun ini.

Siasatan awal mendapati remaja yang tidak bekerja itu mengaku mengambil pistol milik bapanya ketika lelaki itu sedang tidur di dalam pondok di kebun pisang mereka pada hari kejadian.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Previous
Next Post »
loading...