Get $25 free
loading...

Nak Tahu Kenapa Alif Syukri, Sajat, DS Vida, Boy Iman Rela Nampak Bodoh? Ini Sebabnya

Share This:

Adakah teknik ini cerdik atau bodoh? Ianya berkesan dalam mempromosikan apa yang dihasilkan syarikat mereka kini. Teknik ‘viral bodoh’ ini sememangnya berkesan dalam menjadi alat pemasaran bagi segelintir pihak yang tahu menggunakannya. Mari kita lihat secara teliti mengapa Datuk Seri Alif Syukri dan ahli perniagaan lain rela menjadi bodoh demi duit.

Walaupun kedengaran agak kasar tapi itulah hakikatnya kini, teknik pemasaran ini  menjadi ikutan para pengusaha seperti Datuk Seri Alif Syukri, DS Vida, Nursajat dan lain-lain. Namun baru-baru ini kita dikejutkan lagi buka Datuk Boy Iman pun turut bersama-sama bakal menghasilkan lagu demi meraih populariti segera.

Sumber: ohsemput.com

Memetik laporan dari Sinar Harian, modus operandi teknik pemasaran ini sedikit sebanyak mempengaruhi jualan mereka secara atas talian. Seperti Datuk Alif Syukri, dia tidak akan berhenti memaparkan video-video hangatnya kerana dikecam netizen. “Kita tidak sempurna, saya yakin orang yang mengecam saya itu lebih buruk daripada saya,” katanya.

Jadi, logiknya di mana dalam strategi menghasilkan video bodoh dan viral ini?

Sumber: ghafarnawi.com

Perhatian itu diperlukan dalam pemasaran.


Perhatian adalah apa yang setiap pemasaran sesebuah syarikat dalam mempromosikan produk, meraih populariti, menjual barang, mencipta nama atau menawarkan perkhidmatan perlukan. Mereka akan memuat naik banyak video atau pelbagai media lain semata-mata untuk perhatian.


Teknik paling mudah adalah memuat naik video yang akan membuatkan netizen menyampah. Biasanya ia akan dilakukan dengan rakaman video secara langsung atau menerusi lagu seperti apa yang Datuk Seri Alif Syukri lakukan dan Datuk Boy Iman  lakukan. Tidak mustahil selepas dimuat naik, mereka akan dikecam atau disukai dan seterusnya bakal menarik perhatian portal-portal hiburan atau forum untuk berkongsi dan memberikan komen.


Secara automatiknya si pelaku akan mendapat apa yang dihajati iaitu perhatian dan portal hiburan tadi akan mendapat modal untuk menulis. Situasi menang-menang akan dapat dicapai.

Sumber: youandkat.com

Dalam buku Seth Godin bertajuk ‘Purple Cow’, ini adalah contoh yang terbaik kerana produk yang bagus belum cukup untuk menyuruh orang menggunakan produk kita. Ini adalah fitrah kerana manusia sudah terbiasa dengan cara promosi yang ‘biasa’. Ramai akan benci, tetapi ada juga yang menyukai. Mereka ini adalah ‘Purple Cow’ yang dimaksudkan.


Datuk Seri Alif Syukri pernah memberikan kenyataan dalam portal berita Sinar Harian seperti, “Dalam perniagaan kita wajib tahu sasaran pasaran, kalau produk itu dicipta untuk perempuan kita kena tahu curi hati melalui kepekaan kaum itu, begitu juga kalau produk untuk lelaki kena pandai cari kecenderungan mereka.”


Ironinya, tular dengan perangai bodoh dan menggedik selain melenting apabila dikritik, mereka akan mendapat pelanggan dari kalangan sasaran pasaran. Ajaib sungguh dan ia sangat berkesan!

Sumber: Youtube Jebart Media

Mungkin lepas lancarkan lagu bertajuk ‘Malas Nak Layan’, Datuk Boy Iman dapat menjual rumahnya dibawah DBI Properties. Siapa tahu pasaran sasarannya adalah para pendengar lagu ‘Malas Nak Layan’ kan?

Comments

comments

Related Post

Kepada Aliff Syukri, Jangan Jadi Firaun!
Netizen Dedah Tabiat Buruk Aliff Syukri Suka Mencu...
Sentuh Aliff Syukri, Joy Refva Kena Kecam
Boy Iman Pula Jadi Penyanyi!Tak Sabar Nak Layan La...


lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...