Get $25 free
loading...

Apapun Kisah PM Pakatan Harapan, Yang Akan Terkena Sekali Lagi Adalah Anwar

Share This:

Sudah terlalu banyak ulasan dan kritikan dilemparkan terhadap Pakatan Harapan yang mengambil keputusan untuk mencalonkan Pengerusi Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon Perdana Menteri seandainya Pakatan Harapan berjaya membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke 14 kelak. Walaupun diberitakan sebagai Perdana Menteri interim, namun, sejarah akan memahat nama Mahathir seandainya perkara ini menjadi kenyataan.

Disebalik semua ini, terdapat seorang insan yang boleh dikategorikan sebagai paling malang. Insan yang dimaksudkan adalah Ketua Umum Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Manakan tidak, seandainya perkara ini benar-benar menjadi kenyataan, untuk kali kedua, Anwar akan sekali lagi terlepas jawatan Perdana Menteri, satu jawatan yang cukup diidamkan olehnya sejak lebih 40 tahun yang lalu.

Siapa dapat melupakan bagaimana Mahathir telah menggagalkan impian Anwar pada tahun 1998 apabila bertindak memecat Anwar dari jawatan Timbalan Perdana Menteri atas alasan salah laku. Walhal pada ketika itu, Anwar boleh dikatakan sedikit sahaja lagi bakal menjadi Perdana Menteri kerana di war-warkan, Mahathir akan melepaskan jawatannya pada tahun 1999.

Kali ini, skripnya agak sedikit berbeza. Sejak 2003, nama Anwar dicanangkan sebagai bakal Perdana Menteri dari pihak pembangkang. Hal ini berterusan selama 14 tahun sehinggalah Mahathir membawa PPBM menyertai blok Pakatan Harapan. Pada ketika inilah untuk kesekian kalinya, Mahathir berjaya menutup ruang buat Anwar untuk dicalonkan sekali lagi sebagai calon Perdana Menteri.

Mengikut pengumuman Setiausaha Agung Harapan, Saifuddin Nasution, Mahathir akan menjadi Perdana Menteri untuk sementara sehingga rayuan pengampunan DiRaja berjaya dilakukan bagi membebaskan sepenuhnya Anwar dari melibatkan diri dalam arena politik. Persoalannya, adakah Mahathir benar-benar mahu melakukan apa yang diminta oleh Pakatan Harapan bagi membolehkan Anwar menjadi Perdana Menteri?

Untuk ini, jawapan paling tepat adalah, jangan mimpi Mahathir akan melakukan perkara sedemikian. Sejak penentangan Mahathir terhadap kerajaan dan Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, semua pihak ditentang oleh Mahathir termasuklah Duli-Duli Tuanku Sultan. Paling diingati bagaimana Mahathir sengaja mencari masalah dengan Istana Selangor dan Johor.

Paling utama, Mahathir sendiri tidak diperkenan oleh Duli Yang Maha Mulia, Seri Paduka Baginda, Yang DiPertuan Agong, Sultan Muhammad V. Sehinggakan, sewaktu pertabalan Baginda sebagai Yang DiPertuan Agong ke 15, Mahathir tidak dijemput langsung untuk menghadiri upacara pertabalan berkenaan. Malah, umum sedia maklum bahawa Mahathir mempunyai hubungan yang dingin dengan Istana Kelantan.

Untuk mendapatkan pengampunan DiRaja, Mahathir perlu menghadap Kebawah Duli Tuanku untuk diperkenankan. Adakah Mahathir sanggup melakukan perkara sedemikian sedangkan kuasa yang diidamkan olehnya kini berada di dalam genggaman? Sudah tentu tidak. Sejarah telah membuktikan bahawa Mahathir akan menghapuskan semua musuh politiknya apabila dia kembali berkuasa.

Contoh mudah adalah bagaimana dia menggelarkan mereka yang meninggalkan PPBM sebagai sampah sedangkan mereka yang meninggalkan PPBM itu adalah orang-orang yang bersama-samanya dan Tan Sri Muhyiddin Yasin membentuk PPBM. Ini bukti nyata bagaimana Mahathir tidak akan memperdulikan sesiapa sahaja kecuali anaknya, Datuk Seri Mukhriz apabila dia berkuasa.

Kesimpulannya, walau apa jua keputusan yang diraih oleh kepimpinan Pakatan Harapan mengenai siapa yang bakal menjadi Perdana Menteri dari blok pembangkang, yang pasti, Anwar akan terus terkena di tangan Mahathir dan Anwar akan terus di permainkan oleh Mahathir tidak kira apa jua situasi dan keadaan sekalipun.

Comments

comments

Related Post

PENTINGNYA KEMASKINIKAN BORANG CUKAI
Kenaikan Cukai Punca Rakyat Selangor Dan Pulau Pin...
DAP Sudah Mula Tegur Parti Melayu Dalam Pakatan Ha...
Fitnah Jual Negeri, Mahathir ‘Menyalak Untuk...


lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...