Sejak dari awal penglibatan Lim Kit Siang menerusi DAP dalam arus politik negara, bermula dari 1966, antara impiannya adalah untuk meraih seberapa banyak sokongan dari kaum Melayu bagi membolehkan DAP mengikut jejak langkah PAP membentuk sebuah kerajaan berasaskan kaum Cina, sama seperti yang dilakukan di Singapura.
Paling utama, bagi DAP dan Lim Kit Siang adalah, memecahkan kesepakatan kaum Melayu yang bertunjangkan kepada kekuatan UMNO yang sejak ditubuhkan pada 1946, parti ini cukup kosisten memperjuangan hak kaum Melayu dan agama Islam di negara ini. Pelbagai usaha dilakukan DAP dan Lim Kit Siang di peringkat 10 tahun terawal termasuklah tragedi hitam 13 Mei 1969, namun semuanya menemui kegagalan.
Memasuki era 1980an, Lim Kit Siang bertukar menjadi seorang ahli politik yang cukup serius dan menentang habis-habisan Perdana Menteri pada ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad. Banyak tuduhan dan pendedahan dilakukan olehnya dan ada diantaranya telah menyaksikan dia disumbatkan ke penjara dan ISA atas keberaniannya membuka pekung yang disimpan rapi oleh Mahathir.
Sehinggalah memasuki era 1990an, Lim Kit Siang baru mendapat satu formula ampuh untuk memecah belahkan kesepakatan kaum Melayu di negara ini. Semuanya hasil daripada perpecahan dalaman UMNO yang menyaksikan, Tan Sri Tengku Razaliegh Hamzah menubuhkan Semangat 46 yang mana ketika itu, DAP mengambil peluang membentuk pakatan pembangkang yang pertama dalam sejarah politik negara.
Namun begitu, masih banyak kekurangan yang membelenggu pakatan ini sehingga menyaksikan pakatan ini hanya mampu bertahan beberapa tahun sahaja sebelum tertubuhnya Barisan Alternatif yang dianggotai oleh PAS dan Adil (Parti Keadilan Rakyat hari ini). Sekali lagi Lim Kit Siang memperolehi idea apabila mengambil kesempatan di atas kesengsaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengucar kacirkan Melayu.
Formula ini nyata agak memberi kesan kepada usaha Lim Kit Siang dan DAP untuk memecah belahkan kaum Melayu dan diteruskan kepada pembentukan Pakatan Rakyat. Buktinya, buat kali pertama, DAP berjaya menerajui pakatan pembangkang apabila meraih lebih 40 kerusi Parlimen dan berjaya membawa rakan pakatannya yang lain untuk meraih 89 kerusi Parlimen secara keseluruhannya.
Lim Kit Siang dan DAP masih belum puas dengan kejayaan ini dan mereka mahukan lebih terutamanya menerajui tampuk pemerintahan. Oleh yang demikian, setelah mempergunakan PAS secara keseluruhan, PAS disingkirkan dalam keadaan lemah sehingga menyaksikan wujudnya parti serpihan PAS iaitu PAN.
Di dalam UMNO pula, DAP memainkan peranan menerusi ejen-ejennya untuk memecah belahkan UMNO sehingga menyaksikan Mahathir bertindak meninggalkan UMNO dan menubuhkan PPBM yang mana antara tujuan asalnya adalah untuk menarik seberapa ramai ahli UMNO meninggalkan UMNO.
Lihat sahaja bagaimana liciknya permainan DAP untuk memecah belahkan kaum Melayu yang satu ketika dahulu begitu utuh kesepakatannya. Caranya amat mudah. Gunakan Melayu itu sendiri untuk menghancurkan kaum Melayu. Sapa dapat menafikan bahawa kaum Melayu itu penuh dengan sifathasad dan dengki serta begitu kuat menyimpan dendam.
Inilah yang dimanipulasikan oleh Lim Kit Siang dan DAP untuk melemahkan Melayu dan secara tidak langsung, melemahkan Islam itu sendiri. Hari ini, dengan wujudnya Pakatan Harapan yang dikuasai sepenuhnya oleh DAP dan Lim Kit Siang, semua ini memudahkan usaha Lim Kit Siang merobohkan perpaduan kaum Melayu dan umat Islam di negara ini agar memberi laluan untuknya dan DAP menerajui negara.
Mungkin pada pandangan kasar, tiada langsung nama Lim Kit Siang dalam senarai kepimpinan negara. Namun, adakah Lim Kit Siang dan DAP hanya melihat sahaja Pakatan Harapan yang dikuasai oleh mereka diterajui oleh orang lain? Sudah tentu tidak. Lim Kit Siang telah berusaha menghancurkan perpaduan kaum Melayu dan Islam sejak 1966 dan adalah mustahil dia hanya membiarkan sahaja orang lain menerajui pakatan yang telah dia dan DAP bentuk.
Kini, perjalanan panjang Lim Kit Siang bersama DAP sudah semakin tiba ke puncaknya. Dari apa yang berlaku hari ini, Lim Kit Siang sudah boleh duduk tersandar sambil tersenyum apabila melihat kaum Melayu yang diasuh olehnya sudah mengambil alih kerjanya untuk menghancurkan kaum Melayu dan agama Islam itu sendiri.
Comments
comments
lagi info di : Gosip Artis Terkini
