Get $25 free
loading...

Gereja Katolik Selar Penyebaran Buku “Keluarga Pelangi” Pada Kanak-kanak

Share This:

Memetik sebuah laporan akhbar mengatakan sebuah kumpulan yang disokong oleh gereja menyelar inisiatif sebuah persatuan ibu bapa sejantina Croatia yang akan menerbitkan buku bergambar untuk kanak-kanak yang pertama di negara itu mengisarkan tentang “keluarga pelangi”.

Buku

kanak-kanak berjudul “My Rainbow Family” itu disasarkan kepada kanak-kanak pra sekolah dan akan diberi secara percuma.

Akan tetapi kumpulan Vigilare yang disokong oleh gereja Katolik mendakwa bahawa buku tersebut akan didermakan kepada sekolah-sekolah dan tadika-tadika. Bahkan mereka juga telah meminta menteri pendidikan Croatia untuk mempertimbangkan agar “kemasukan buku sastera kontroversi” itu disekat daripada “memasuki sekolah-sekolah di Croatia”.

“Ianya satu tindakan menyembunyikan agenda politik dan ideologi yang jelas,” kata Vigilare dalam satu surat terbuka kepada menteri pendidikan.

Perkahwinan sejenis semakin diterima di Barat dengan banyak kerajaan meluluskan undang-undang untuk membenarkannya.

Terbaru Australia yang dikelilingi jiran-jiran Asia Pasifik juga sudah meluluskan perkahwinan sejenis. Taiwan pula merupakan negara Asia pertama meluluskan perkahwinan sejenis setelah Mahkamah Persekutuan negara pulau tersebut memutuskan bahawa definisi perkahwinan adalah antara lelaki dan wanita sebagai tidak sah.

-PRU14.TV

Comments

comments



lagi info di : Gosip Artis Terkini

loading...