BERITA kononnya penjenayah liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim dibebaskan dari penjara pada bulan Jun ini disebarkan secara berleluasa. Rupa-rupanya ianya satu cubaan atau desakan untuk membebaskan penjenayah seksual tersebut lebih awal dari sepatutnya.
Banduan yang disabit atas kesalahan seksual tidak dibenarkan mendapat parol sewaktu dalam tempoh pemenjaraan. Itu merupakan perkara yang jelas dalam perundangan.
Pengarah Parol dan Perkhidmatan Komuniti Jabatan Penjara, Datuk Abdul Aziz Abdul
Merujuk kepada kes Anwar Ibrahim di mana pihak Penjara Malaysia tidak dapat mempertimbangkan berbuat demikian kerana kesalahan seksual memang tidak dibenarkan untuk mendapat parol.
Beliau turut menyenaraikan kesalahan-kesalahan yang ‘tidak boleh’ mendapat parol daripada penjara Malaysia.
“Antara kesalahan yang tidak boleh mendapat parol adalah seperti, banduan yang dijatuhkan hukuman mati, banduan ditahan di bawah perkenan Yang DiPertuan Agong atau Sultan atau Yang DiPertua Negeri, banduan hukuman seumur hayat, banduan kesalahan seksual, banduan reman, banduan yang terlibat dengan keganasan dan terlibat dengan aktiviti tebusan.
“Mengikut Akta Penjara 1995 berhubung Parol, tidak semua banduan dari segi kesalahan dan hukuman layak dipertimbangkan pelepasan secara perintah parol oleh Lembaga Parol,” katanya.
Banduan yang boleh menerima parol adalah banduan yang telah menjalankan tempoh hukuman satu tahun atau ke atas dan telah menjalani separuh daripada jumlah hukuman yang telah dijatuhkan oleh mahkamah.
Ini termasuk banduan yang telah menjalani program pemulihan yang diluluskan oleh Komisioner Jeneral Penjara Malaysai serta berkelakuan baik sepanjang menjalani hukuman.
Oleh itu beliau meminta pihak di luar supaya tidak buat andaian bahawa pihak penjara berat sebelah atau pilih kasih kerana ia tertakluk kepada jenis kesalahan atau tempoh hukuman.
Dalam kes Bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo yang dibenarkan mendapat parol kerana ia mengikut ketetapan Akta Penjara. Beliau tidak melakukan jenayah seksual seperti Anwar Ibrahim.
– pru14.tv
Comments
comments
lagi info di : Gosip Artis Terkini

Masalah Bekalan Makanan Di Dunia Ini Tidak Akan S ...

Adakah Minuman Zero Sugar Bermaksud Tiada Gula Dan ...

Fitnah! Saifuddin Nasution Nafi Luluskan Kewargane ...

Roti Telur Cheese Yang Mudah, Cepat & Mengenya ...