Get $25 free
loading...

DAP KRITIK PELANTIKAN MASZLEE: Maszlee dilantik presiden baru UIA


Maszlee Malik dilantik sebagai presiden Universiti Islam Antarabangsa (UIA), menjadi menteri pendidikan ke-3 memegang jawatan tertinggi sejak penubuhannya lebih 3 dekad lalu.
Pembantu kepada menteri itu mengesahkan pelantikannya dengan FMT, walaupun percubaan untuk menghubungi UIA gagal.
Maszlee yang merupakan bekas pelajar dan kemudiannya menjadi pensyarah di universiti itu, menggantikan Tan Sri Rais Yatim sebagai presiden ke-7 UIA.
Jawatan tersebut pernah dipegang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengambil alih dari Tun Hussein Onn, presiden pertama universiti itu. Beliau digantikan oleh Datuk Seri Najib Razak selepas pemecatannya sebagai timbalan perdana menteri pada 1998.
Pelantikan Maszlee bagaimanapun dikritik seorang pemimpin DAP, mengatakan ia adalah konflik kepentingan dan bertentangan dengan janji menteri itu untuk tidak campur tangan dalam pengurusan institusi pengajian tinggi.
Adun Kampung Tunku, Lim Yi Wei berkata Maszlee harus menolak pelantikan itu, dan memberi amaran terhadap apa-apa percubaan untuk mempertahankan pelantikan itu adalah jalan keluar teknikal.
“Gagal berbuat demikian akan menggagalkan pelajar yang mengharapkan kita memulihkan kebebasan akademik. Gagal berbuat demikian akan menjadi tamparan kepada aktivis pelajar yang disenarai hitam, diganggu atau ditahan di bawah AUKU,” katanya dalam satu kenyataan merujuk Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 yang dikritik keras Pakatan Harapan.
Lim juga mempersoalkan pelantikan Setiausaha Politik Maszlee, Mohd Nizam Morad sebagai salah seorang pengarah di Universiti Utara Malaysia (UUM).
Walaupun butiran pelantikan Nizam tidak diumumkan, kedua-dua pelantikan ini meragukan berhubung komitmen Kementerian Pendidikan terhadap kebebasan akademik,” katanya. - fmt
Previous
Next Post »
loading...