Get $25 free
loading...

[CADANG TUTUP GEREJA TAK?] Dera seks 3,677 budak: Gereja Katolik Jerman mohon maaf


BERLIN16 Muharram 1440HRabu – Gereja Katolik Jerman membuat permohonan maaf kepada mangsa penderaan seks kanak-kanak yang telah dicabul oleh paderi dan disembunyikan selama hampir tujuh dekad.
Presiden Sidang Paderi Jerman, Kardinal Reinhard Marx dalam sidang media di Fulda semalam, berkata, siasatan baru-baru ini telah mendedahkan beribu-ribu kes penderaan seks kanak-kanak.
“Untuk masa yang lama gereja telah menafikan, memalingkan diri dan menutupi penyalahgunaan. Saya minta maaf untuk ini dan untuk semua kesakitan yang telah berlaku,” katanya.
Siasatan selama empat tahun yang dikeluarkan oleh gereja pada hari Selasa mendedahkan bahawa pemimpin gereja menutup penyalahgunaan seks oleh sekurang-kurangnya 1,670 paderi antara 1946 dan 2014.
Siasatan itu mendedahkan, sekurang-kurangnya 3,677 kanak-kanak mengalami eksploitasi seksual.
Susulan itu, Cardinal Marx berjanji bahawa persidangan akan membincangkan penyelesaian untuk memastikan insiden seperti itu tidak akan berlaku lagi. - ismaweb

Previous
Next Post »
loading...