Get $25 free
loading...

Hishammuddin NAFI akan keluar UMNO tapi kritik kepimpinan


Ahli Parlimen Sembrong Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menafikan laporan media kononnya beliau merupakan antara Ahli Parlimen daripada Umno yang akan meninggalkan parti itu.
Jangan percaya spekulasi di luar sana. Bagi saya tiada sebab saya nak keluar parti. Tetapi saya rasa kepimpinan perlu tunjuk hala tuju yang jelas kepada kita semua ahli-ahli Umno,” katanya kepada Bernama hari ini.
Hishammuddin mengulas laporan media mengatakan beliau akan meninggalkan Umno selepas mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad selama hampir 2 jam di Putrajaya semalam.
Mengulas lanjut, bekas naib presiden Umno itu menjelaskan pertemuannya dengan Dr Mahathir hanya ingin mendengar apa yang dirancang perdana menteri untuk masa depan bangsa dan negara.
-FMT 
Previous
Next Post »
loading...