Get $25 free
loading...

BN umum kabinet bayangan


KUALA LUMPUR: Barisan Nasional hari ini mengumumkan kabinet bayangan untuk meneliti dasar dan tindakan kerajaan.
Setiausaha Agung Umno Tan Sri Annuar Musa pada sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra berkata kabinet bayangan ini terbahagi kepada 28 jawatankuasa mengikut portfolio atau JKP.
Setiap JKP mempunyai 2 pengerusi bersama, sebahagian besarnya bekas menteri atau timbalan menteri, dan mereka selanjutnya akan melantik 3 anggota lain yang bukan ahli Parlimen, dengan keutamaan kepada wanita, pemuda dan profesional.
Menggunakan istilah bola sepak, Annuar berkata “ini bagi memastikan kita mempunyai kaedah ‘man-to-man marking’ antara pembangkang dengan kerajaan”.
Zahid, Ku Li lawan JPM
Dalam senarai yang dilihat FMT, BN menyerahkan tanggungjawab mengawasi Jabatan Perdana Menteri kepada Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Pengerusi Jemaah Penasihat Umno Tengku Razaleigh Hamzah dan Naib Presiden Umno Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Datuk Seri Shahidan Kassim akan mengawasi portfolio dalam negeri dan portfolio pertahanan akan diawasi Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
Khairy Jamaluddin akan mengawasi portfolio kewangan bersama Arthur Joseph Kurup, manakala portfolio hal ehwal ekonomi akan diawasi Datuk Seri Hasan Arifin.
Kabinet ini dianggotai oleh semua Ahli Parlimen Barisan Nasional daripada Umno, MCA dan MIC, dan Parti Bersatu Rakyat Sabah.
“Ahli Parlimen pembangkang dari blok Gagasan Sejahtera dan Gabungan Parti Sarawak dialu-alukan sekiranya mereka berhasrat menyertai JKP,” kata Annuar.
Previous
Next Post »
loading...