Get $25 free
loading...

UMNO Hari Ini Macam Kapal Selam, Tenggelam, Tak Maksudnya Karam

Tindakan beberapa ahli parlimen UMNO meninggalkan parti ketika parti sedang diuji (merujuk kenyataan Presiden, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semalam), memang sedikit sebanyak memberikan kesan psikologi kepada ahli-ahli parti.
Ikut faham mudahnya, kita macam nak muntah berkhidmat untuk parti (adakalanya percuma) tapi ada pemimpin bila dah dapat kuasa, senang-senang keluar macam itu saja.
Apa pun, dari apa yang saya diberitahu (sumber kedai kopi), keputusan ini ada alasan tersendiri dibelakangnya dan ia katanya tidak berkaitan dengan parti mahupun perjuangannya langsung seperti mana dalam kenyataan rasmi yang dikeluarkan.
Sejauh mana betul, entah, tapi berdasarkan perkembangan semasa, macam ya.
Logiknya, contoh alasan, kalau nak kata UMNO rasis (sebab itu keluar parti), persoalannya kenapa sekarang, selepas dah tak lagi jadi kerajaan? Sebab, melainkan kepimpinan atasan, takde apa pun yang berubah. Kerjasama dengan PAS tu tidak menjejaskan asas perjuangan UMNO pun.
Masih tentang Melayu, masih tentang Islam, masih tentang rakyat Malaysia secara keseluruhannya.
Justeru, walaupun ia nampak perit, ahli-ahli UMNO perlulah berlapang dada sebab akan ada lebih banyak tindakan serupa dalam masa terdekat atas sebab yang sama. Malah jangan terkejut kalau dalam PAU 2018 hujung bulan nanti pun, akan ada pengumuman serupa dibuat untuk merendahkan lagi moral ahli-ahli parti.
Kita dipihak yang kalah macam itulah, tapi bukan maksudnya ahli-ahli parti perlu mengalah.
Ada gelora lebih besar di atas nun dan apa yang berlaku sekarang ini hanyalah titik-titik tsunami yang nak datang melanda – diandaikan macam itu saja sudah. Dan seperti mana resminya semua jenis bencana di dunia ini, dihujungnya nanti akan ada kebaikan yang bakal datang. Allah swt itu maha adil.
Itu sebab Presiden semalam minta semua ahli parti memberikan kepercayaan penuh kepada pimpinan parti bagi menangani keadaan ini.
Saya sendiri mengambil positif apa yang berlaku sekarang. Diharap dengan pengunduran semua yang terlibat, ada peluang untuk generasi muda mengambil alih kekosongan yang ditinggalkan walaupun dalam masa yang sama, ketokohan yang hilang, memang akan memberi sedikit sebanyak kesan. - mykmu.net
Previous
Next Post »
loading...