Bekas Ahli Parlimen Jempol itu berkata, beliau yang akan bertanding sebagai calon bebas membuat keputusan itu kerana partinya, UMNO membuat keputusan tidak meletakkan calon di kawasan berkenaan.
"Saya bertanding kerana kerusi itu telah dikosongkan dan saya adalah orang Port Dickson," katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.
Mohd. Isa berkata, beliau yakin berpeluang menang di Port Dickson walaupun kerusi itu turut ditandingi Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau yang juga Bekas Ketua UMNO Bahagian Telok Kemang (kini Port Dickson) memaklumkan telah lama berkhidmat di kawasan berkenaan serta dikenali oleh pengundi di situ.
Mohd. Isa yang juga bekas Pengerusi Felda pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri di Linggi dan Bagan Pinang yang terletak di bawah Parlimen Port Dickson.
"Mengenai jentera PRK saya, saya akan lihat bagaimana untuk menyusunnya," katanya. - K! ONLINE