Mantan Menteri Luar, Anifah Aman keluar UMNO, kurang 24 jam selepas Ahli Majlis Tertinggi UMNO Mustapa Mohamed mengumumkan keluar UMNO semalam.
Berdasarkan sumber yang dipercayai, Anifah telah menghantar surat peletakan jawatan kepada Setiausaha Agung UMNO, Annuar Musa.
Setakat ini, masih belum dapat dipastikan sama ada Ahli Parlimen Kimanis itu telah menyertai parti lain atau tidak.
Sebelum ini, Anifah bersama Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin tidak keluar membantah di Dewan Rakyat ketika semua Ahli Parlimen Pembangkang membuat protes keluar dewan selepas Mohamad Ariff Md Yusof mengangkat sumpah sebagai Yang di-Pertua Dewan Rakyat yang baru menggantikan Pandikar Amin Mulia.
UMNO telah memenangi 54 kerusi Parlimen semasa PRU14.
Namun, semenjak kejatuhan Kerajaan BN, lima Ahli Parlimen telah keluar parti iaitu MP Kimanis, Anifah; MP Jelia, Mustapa; MP Masjid Tanah, Ermieyati Samsudim; MP Bukit Gantang, Syed Abu Hussin Hafiz; dan MP Bagan Serai, Noor Azmi Ghazali.
Sumber: FMT