Get $25 free
loading...

Uncle Kentang : 61 the UMNO beri bakti, hina berpada2, PH bru 4 bulan


Pandangan saya yang munkin boleh di kongsikan secara tenang dan matang.

Saya bangun pagi dan terbaca luahan  Cik Siti Kassim yang mengatakan bahawa kalau di biarkan DSAI menang, ia akan menjadi UMNO. Tak apa lah, kalau menang atau kalah itu izin Tuhan dan percaturan Tuhan. Yang saya terkilan sikit dengan kata Cik Siti Kassim itu adalah pandangan beliau yang burukkan UMNO. Masa Umno lahir , Cik Siti Kassim confirmed  belum pun di lahirkan. Saya munkin dari old school dan sempat lah mengecapi apa ketua Umno, MCA buat dulu. Saya dari keluarga sangat susah dan dari start kami adik beradik dapat di bantu oleh Khir Johari Fund ke Foundation I pun tak tahu lah. Yang I tahu semua yuran sekolah saya di bayar oleh cikgu ataupun orang besar politik atau JP. Umno telah berbakti kepada ramai dan jasa mereka tidak munkin akan dapat di balas kerana perjalanan mereka yang begitu lama. Challenge saya? Tanya berapa orang Melayu telah pun di bantu Umno. Malah tokan tokan , taukeh taukeh, developer developer atau pun multi millionaire Cina yang ada di Malaysia grow dari kecil hingga menjadi besar dari jasa baik dan budi Umno. Saya tak kata dalam Umno tu semua baik. Ada penyangak juga dan ada yang sombong bodoh. Ada yang kartun. Lumrah hidup manusia. Tapi seburuk buruk gelintir yang kecil, Umno telah banyak berjasa dalam pembangunan negara Malaysia. Cuba tanya YAB Tun, berapa Cina dan Melayu YAB Tun telah bantu semasa beliau berada dalam Umno? Berapa orang yang telah di bimbing oleh Tun semasa dalam Umno sehingga menjadi bitawan? ( billionaire jadi bitawan).

Jadi hujah saya , jangan kita labelkan Umno sebagai penyangak , penyamun, pencuri , pembuli. Ya, ada antara mereka macam itu tetapi bukan semua. Jadi bila kita nak bantai Umno, kita harus rujuk dengan Allah/ Tuhan. adakah kita tepat dalam melabelkan Umno sebagai parti yang tak pernah berjasa kepada negara. Sekarang dah kalah, kutuk pelbagai. Masa Umno menang dulu, sanggup kita pegang kaki, ikut buntut. Ini akan terjadi kepada mereka yang tiada pegangan.

Marilah kita hidup yang tiada ada berapa hari lagi, tak kira muda, tua, fikirlah secara logik dan pakai lah otak sikit sebelum mengatakan sesuatu. Jangan kita labelkan buruk orang, kerana buruk kita, kita sapu bawah carpet. Lantang bukan kerana kamu pandai, kadang kadang ada silap nya jugak. Bagi saya negara Malaysia terhutang dengan Umno dan lain lain parti dan juga saya berterima kasih kepada parti pembangkang kerana berjaya mengejut bangun  Umno yang tertidur kerana berjaya menang dalam PRU 14. Saya berharap sebagai pemerintah baru dan Umno sebagai pembangkang bagi kali yang pertama, sama sama dapat bekerjasama dalam membina Malaysia yang maju dan harmoni serta menghormati setiap agama kerana baru baru ini sentimen agama sedang di uji. Hidup PH dan hidup Umno. Jangan kerana kita menang kita buruk burukkan jasa yang telah di curahkan selama 61 tahun.

Kepada mereka yang berada dalam Umno, tabah dan teruskan perjuangan mu. Jangan kerana kalah, kamu terus tak berkhidmat, kerana ganjaran terakhir dan bonus segala bonus kerja mu adalah di akhirat nanti. Biar orang menghina mu, meninggalkan mu... tetapi yang penting Allah / Tuhan Maha Mengetahui segala nya

Selamat bersidang dan jagalah negara mu, mertabat mu dengan tertib. Tuhan akan sentiasa bersama dengan mereka yang Yakin kepada Nya. 

Salam hormat.

Saya yang benar,

Kuan Chee Heng
630216-01.
Previous
Next Post »
loading...