Get $25 free
loading...

Prof Agus: Adilkah Desak MP Keluar, Lompat Parti LETAK JAWATAN?


ADILKAH KITA DESAK MP KELUAR ATAU LOMPAT PARTI LETAK JAWATAN?

1. Setiap kali Ahli Parlimen (MP) atau ADUN melompat atau keluar parti, ramai mendesak mereka meletakkan jawatan. Mereka didakwa tidak bermaruah, tidak berprinsip, pengkhianat dan lainnya kerana kemenangan mereka sebelum ini adalah atas tiket parti.

2. Dari satu sisi, desakan sebegini wajar. Apatah lagi sekarang ini sudah lima MP Umno yang keluar parti setelah Umno tidak lagi berkuasa. Maka, kita mengandaikan mereka yang keluar parti ini memang tidak bermaruah kerana hanya mencari keuntungan diri.

3. Sebelum tahun 1990, memang ada MP yang meletakkan jawatan dan bertanding semula. Pada tahun 1988, Shahrir Samad, MP Johor Bahru melepaskan kerusi parlimennya, dan kemudiannya bertanding semula sebagai calon Bebas. Beliau memenangi pilihan raya kecil ini.

4. Selepas itu, untuk mengelakkan berlaku lagi MP atau ADUN meletakkan jawatan dan bertanding semula, maka perlembagaan dipinda dengan menambahkan Fasal 6 kepada Perkara 48. Pindaan ini dikuatkuasakan pada 11 Mei 1990.

5. Perkara 48(6) ini memperuntukkan: “Seseorang yang melepaskan keahliannya di dalam Dewan Rakyat hendaklah, bagi tempoh lima tahun bermula dari tarikh pelepasan keahliannya berkuat kuasa, hilang kelayakan untuk menjadi ahli Dewan Rakyat.”

6. Nah! Sekarang ini, jika kita mahu mendesak MP atau ADUN bertanding semula setelah mereka melompat atau keluar parti, maka Perkara 48(6) ini perlulah dipinda atau dimansuhkan kerana peruntukan inilah yang menghalang mereka untuk bertanding semula.

7. Setelah itu, baharulah adil untuk kita mendesak mereka yang melompat atau keluar parti meletakkan jawatan. Ini kerana tiada lagi halangan untuk mereka bertanding semula. Bagaimana?

Oleh: Prof. Dr. Mohammad Agus Yusoff
Previous
Next Post »
loading...