18px;">Perkara itu dinyatakan oleh Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataan hari ini.
“Pas dengan ini tuntas menolak sebarang cadangan atau tindakan dalam apa jua bentuk bagi mempertahankan amalan LGBT, termasuk mempertikaikan undang-undang yang bertujuan untuk mencegah dan menghukum mereka yang terlibat dengan amalan LGBT.
“Pas tegas dengan prinsip bahawa sesiapa sahaja yang dipilih sebagai pemimpin negara Malaysia mestilah mempunyai akhlak yang baik dan budiman dan tidak terlibat langsung dengan gaya hidup songsang dan luar tabii,” ujar beliau.
Tambahnya, pemimpin yang dipilih haruslah berakhlak mulia, berintegriti dan mempromosi gaya hidup fikrah semulajadi yang telah ditentukan oleh Allah.
BACA: LGBT tidak diterima di Malaysia - Tun Mahathir
Dalam pada itu, Pas menyokong penuh kenyataan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad bahawa Malaysia tidak boleh menerima sepenuhnya nilai-nilai hak asasi manusia diamalkan di negara-negara Barat.
Itu termasuk pihak yang memperjuangkan hak lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) serta perkahwinan sejenis.
Pas juga menyambut positif ketegasan Tun Mahathir mengkritik pembentangan daripada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) berkenaan amalan LGBT bahawa nilai-nilai yang dipegang oleh Malaysia adalah berbeza dengan masyarakat Barat.-AA
“Pas dengan ini tuntas menolak sebarang cadangan atau tindakan dalam apa jua bentuk bagi mempertahankan amalan LGBT, termasuk mempertikaikan undang-undang yang bertujuan untuk mencegah dan menghukum mereka yang terlibat dengan amalan LGBT.
Tambahnya, pemimpin yang dipilih haruslah berakhlak mulia, berintegriti dan mempromosi gaya hidup fikrah semulajadi yang telah ditentukan oleh Allah.
BACA: LGBT tidak diterima di Malaysia - Tun Mahathir
Dalam pada itu, Pas menyokong penuh kenyataan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad bahawa Malaysia tidak boleh menerima sepenuhnya nilai-nilai hak asasi manusia diamalkan di negara-negara Barat.
Itu termasuk pihak yang memperjuangkan hak lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) serta perkahwinan sejenis.
Pas juga menyambut positif ketegasan Tun Mahathir mengkritik pembentangan daripada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) berkenaan amalan LGBT bahawa nilai-nilai yang dipegang oleh Malaysia adalah berbeza dengan masyarakat Barat.-AA

Nazmi Kendali Perlawanan Kyrgystan Bertemu Qatar ...

Jatuh Pengsan, Suami Maklum Ifa Raziah Kini Stabil ...

Resepi Kuih Karas Dari Perlis ...

Firdaus Wong Persoal Status Tapak Baharu Kuil Hind ...