Get $25 free
loading...

[PM KE-8 LAWAN MUJAHID?] Tidak ada tempat untuk LGBT di Malaysia - Anwar


KOTA BHARU, 26 Sept (Bernama) -- Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan tiada tempat untuk gerakan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) di Malaysia.

Beliau berkata ada prinsip tertentu dalam negara ini yang harus dihormati oleh semua rakyatnya walaupun berbeza bangsa dan agama.

"Baik dalam kalangan orang Islam, Kristian, Hindu dan Buddha semua berpakat dalam pendirian yang sama," katanya ketika berucap pada Amanat Perdana Agenda Malaysia Baharu di Bandar Baharu Tunjong di sini, hari ini.

Hadir sama Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Kamarudin Jaffar dan Pengerusi PKR Kelantan, Ab Aziz Ab Kadir.

Dalam pada itu, Anwar turut menasihati perwakilan yang akan mengundi sempena pemilihan parti yang sedang berlangsung secara berperingkat ketika ini supaya memilih calon yang terbaik dan mengelak berlaku perbuatan rasuah.....- BERNAMA
Previous
Next Post »
loading...