data-original-width="1080" height="468" src="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhT_n3tUQKUcoxVLcjr8BsspA4IRTZkDNuGk6o6q9e8JjBOG2bmad24ceqQ_t1yhs5tUAAFCsbumkZMEtUl4St1fa9-ZlQ0-cpL6z_Yx3LTtKe8ZmFkwtW99IoIFe8bbWuT1DuO0C5XQW8/s640/IMG_20180929_101559.jpg" width="640">
PORT DICKSON - Sedikit kekecohan berlaku sebelum proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Parlimen Port Dickson bermula pukul 9 pagi ini.
Ia berikutan penyokong yang mengiringi calon Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu memasuki perkarangan pusat penamaan di Dewan Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) di sini.
Hanya mereka yang memiliki pas dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dibenarkan memasuki perkarangan MPPD.
Anwar yang juga Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) tiba di sini kira-kira pukul 8.45 pagi sebelum diiringi ke pusat penamaan oleh ratusan penyokongnya yang menanti ketibaan beliau sejak pukul 7.30 pagi.
Pasukan keselamatan bagaimanapun dapat mengawal keadaan dan proses penamaan calon sedang berlangsung dengan baik sejak pukul 9 pagi tadi. - K! ONLINE

Mimi Lana Tak Sabar Mahu Beraya Dengan Mentua ...

Ktmb Beli 12 Tren Elektrik Bernilai Rm283j Untuk T ...

Pdrm Kerah Hampir 7,000 Pegawai, Anggota Trafik Be ...

Penutupan Lorong Lebuh Raya Dihentikan Dua Minggu ...