UI", Roboto, Arial, Oxygen, Ubuntu, Cantarell, "Fira Sans", "Droid Sans", "Helvetica Neue", Arial, sans-serif; line-height: 27px; margin-bottom: 20px; margin-top: 20px;">"Saya fikir pilihan sentiasa diberikan kepada pemimpin baru untuk membuat keputusan.
"Saya belum memikirkannya lagi; semuanya bergantung, kerana mereka mempunyai satu, satu setengah tahun untuk membuktikan diri masing-masing. Jika mereka efektif, mereka harus diteruskan.
"Jika mereka biasa-biasa saja atau tidak mempunyai kepakaran atau prestasi mereka lemah, sudah tentu kita perlu semak semula. Ini memang dijangkakan," katanya kepada Channel News Asia.
Anwar dijadual menggantikan Mahathir dalam masa dua tahun, tetapi perdana menteri itu berulang kali berkata bahawa jangka masa untuk peralihan berkenaan adalah fleksibel.
Ini menimbulkan spekulasi mengenai masa depan politik Anwar, dengan sesetengah pihak tertanya-tanya sama ada peristiwa 1998 akan berulang.
Walau bagaimanapun, kedua-dua Mahathir dan Anwar menegaskan bahawa hubungan antara mereka tetap mesra.
Sementara itu, Channel News Asiamelaporkan, Anwar tidak mahu berterus terang apabila ditanya siapa yang beliau mahu melihat sebagai timbalannya apabila menjadi perdana menteri.
"Terpulang kepada cadangan ahli-ahli Parlimen, parti-parti akan menentukannya. Tidak perlu bagi saya melangkauinya.
"Memang ada pemahaman umum tetapi hanya membabitkan kedudukan saya. Tidak ada desakan atau melobi bagi orang yang akan menjadi timbalan perdana menteri, "katanya.
Isteri Anwar, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail adalah timbalan perdana menteri sekarang.
Anwar, 70, dijangka kembali ke Dewan Rakyat jika memenangi pilihan raya kecil Port Dickson. - MK

Sebab Kecewa, Penyokong Bakar Jersi Alexander-arn ...

Resipi Telur Dadar Thai Berkeju, Tak Sampai 10 Min ...

Kesihatan Jamal Yunos Makin Merosot, Sel Kanser Di ...

Lelaki Maut 4wd Rempuh Perodua Myvi Keluar Simpang ...