Get $25 free
loading...

Tidak Salah PAS Pakai Seragam seperti No.1 ATM - Peguam Pemerhati RELA

Individu yang diberi gelaran rasmi dibenarkan memakai pakaian nombor 1. (Gambar Facebook)
Seorang peguam menolak kritikan kumpulan veteran terhadap pemakaian seragam anggota Jabatan Amal PAS semasa pemeriksaan perbarisan sempena perasmian Muktamar PAS minggu lalu, mengatakan perkara itu bukan isu.
Peguam pemerhati bagi Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela), Datuk Michael Wong berkata tidak ada salahnya Jabatan Amal PAS memakai seragam seperti pakaian nombor 1 Angkatan Tentera Malaysia yang biasa dipakai semasa upacara atau majlis penting.
Beliau mempersoalkan bantahan Persatuan Patriot Kebangsaan (Patriot) mengatakan adalah satu kesalahan bagi sesiapa yang tidak berada dalam perkhidmatan tentera memakai pakaian atau membawa tanda yang digunakan tentera.
“Bagaimana Patriot dapat menentukan pakaian nombor 1 yang dimaksudkan hanya untuk tentera dan pegawai polis?
“Pada pendapat saya, tidak ada masalah dengan pakaian nombor 1 melainkan ia kelihatan sama dengan seragam angkatan tentera atau polis, atau ia sengaja ditiru daripada rekaan tersebut,” katanya kepada FMT.
Wong juga berkata individu yang diberi gelaran rasmi dibenarkan memakai pakaian nombor 1.
“Sama ada gelaran ‘Datuk’ dari istana atau pingat dari tentera atau polis, kita boleh memakainya semasa acara rasmi,” katanya.
Presiden Patriot, Datuk Mohamed Arshad Raji mendesak Putrajaya mengambil tindakan segera di bawah Seksyen 140 Kanun Keseksaan Akta atau Akta 574.
Menteri Pertahanan Mohamad Sabu berkata kementeriannya akan menyiasat dakwaan Patriot.
Setiausaha PAS, Datuk Takiyuddin Hassan turut menolak kritikan Patriot.
Beliau berkata pakaian nombor 1 adalah normal, dan bertanya mengapa kumpulan veteran itu tidak membantah penjualan pakaian tentera atau polis di kedai-kedai biasa atau mendesak kerajaan kawal perkara itu.
Ini adalah kali pertama Jabatan Amal PAS memakai pakaian nombor 1 untuk perhimpunan agung parti. Tahun-tahun sebelum ini, mereka memakai seragam merah dengan seluar hitam. - FMT
Previous
Next Post »
loading...