Get $25 free
loading...

Leftenen Kolonel (B) Hj Mohd Nazari Mokhtar calon PAS PRK Port Dickson


Leftenen Kolonel (B) Hj Mohd Nazari Mokhtar dipilih oleh PAS sebagai calon PRK Port Dickson. Beliau juga merupakan Yang Di Pertua Pas Kawasan Tenggara.

Marilah sama-sama kita mendoakan kemenangan untuk PAS pada PRK ini. 

Mesej PAS sangat jelas bahawa PH masih gagal memenuhi aspirasi rakyat Malaysia yang mahukan keadilan ekonomi dan sosial. 

Banyak janji manifesto yang dimungkiri. GST dihapuskan tapi SST pula menjadi galang ganti. 

Kadar inflasi masih gagal diturunkan malah semakin meningkat. 

Agenda Islam tidak menjadi keutamaan malah banyak yang diperlekehkan.

BIODATA CALON

LT. KOL. (BERSARA) HAJI MOHD NAZARI BIN HAJI MOKHTAR

LATAR BELAKANG:

 Tarikh Lahir : 30 November 1961
 Umur : 57 tahun
 Tempat Lahir : Parit Maimon, Batu Pahat, Johor
 Nama Isteri : Hajjah Naziroh binti Haji Yusof
 Ahli Keluarga : 5 orang anak dan 9 orang cucu
 Pekerjaan Kini : Veteran ATM [Lt. Kol. TUDM (B)]
Peneroka FELDA Bukit Besar (2015)
Pengusaha & Usahawan Ladang Durian Musang King
Pengetua Maahad Tafiz Darul Iman, Bandar Tenggara
PENDIDIKAN PERINGKAT SEKOLAH:

 Sekolah Kebangsaan Bukit Besar, Kota Tinggi
 Sekolah Menengah Kebangsaan Munshi Abdullah, Kulai
 Sekolah Menengah Kebangsaan Laksamana,
KELULUSAN DAN KELAYAKAN PERINGKAT TINGGI:

 Masters in Defence & Strategy Studies, IUT Gazipur – Dhaka
 Sarjana Muda Pengurusan, INTAN Bukit Kiara
 Diploma Pengurusan Sumber Manusia (HR), USM
 Diploma International Training Methodology, INTAN
 Diploma Aerospace & Security Management, RAAF Australia
 Diploma Nation Building &Armed Conflict, UN Canada
 Pegawai Kadet, INTEK 38 Kem Sebatang Karah, PORT DICKSON
PENGALAMAN KERJAYA / AKTIVITI DALAM PERKHIDMATAN:

 Pegawai TUDM selama 28 tahun (1980-2008)
 Pengarah Perkhidmatan TUDM, Kementerian Pertahanan
 Pegawai Pemerintah Markaz Operasi Udara, TUDM KL
 Komandan Pusat Latihan Pentadbiran TUDM
 Komander Regional Border Committee Office (RBCO) Songkhla, Thailand
 Pegawai Perhubungan Awam (PR), Kementerian Pertahanan
 Setiausaha Pasukan Bola Sepak TUDM
 Setiausaha Pembangunan Bola Sepak Semi – Pro (FAM)
 Penasihat Koperasi Veteran Wira Mutiara, Pulau Pinang
 Penasihat Koperasi Veteran KERABAT ATM Kelantan

PENGLIBATAN DALAM POLITIK:

 AJK Lajnah Tanah, Peneroka Bandar & Orang Asal PAS Pusat (2010 – 2016)
 AJK Lajnah NGO PAS Pusat
 Pengerusi Penaja Lajnah Pertahanan & Kedaulatan Negara PAS Pusat (2016 – kini)
 Presiden KERABAT Veteran Bekas Tentera Malaysia
 Yang DiPertua PAS Kawasan Tenggara (2014 – kini)
 Penyelia Pusat Aduan Rakyat N34 Panti
 Calon PAS PRU 13 (DUN Pasir Raja, Parlimen Tenggara, Johor)
 Calon PAS PRU 14 (DUN Panti, Parlimen Tenggara, Johor)
PENGLIBATAN DALAM AKTIVITI KEMASYARAKATAN:

 Timbalan Pengerusi, Masjid Al-Rahman (F) Bukit Besar, Kota Tinggi (2008 – 2010)
 AJK PDK Bukit Besar, Kota Tinggi (2008 – 2010)
 AJK PIBG SK Bukit Besar, Kota Tinggi (2008 – 2010)
 Kem Komandan Kursus Pra-Tahfiz & Kem Anak Soleh Peringkat Zon Parlimen Tenggara
 Fasilitator Khas untuk Petugas PRU-13 Negeri Selangor bersama ‘SPICE’
 Ikon Sek. Keb. Bukit Besar, Kota Tinggi (2011)
Previous
Next Post »
loading...