Get $25 free
loading...

(TQ TUN M) MARA dikembalikan kepada Kementerian Luar Bandar


Ketidaktentuan mengenai kedudukan Majlis Amanah Rakyat (Mara) terungkai hari ini apabila badan berkaitan Melayu dan Bumiputera itu dikembalikan kepada Kementerian Pembangunan Luar Bandar.
Menurut Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, tugas untuk menguruskan Mara dikembalikan kepada kementerianj di bawah Rina Harun setelah mendapat tentangan daripada pelbagai pihak yang tidak suka dengan keputusan kerajaan sebelum ini.
“Untuk seorang yang menguruskanya tidak mencukupi, sebab itu kita cuba untuk agihkan peranan Mara kepada beberapa kementerian, tetapi mendapat tentangan hebat kerana Mara diberikan kepada kementerian lain.
“Ada yang tidak suka, sekarang ini kita kembalikan Mara kepada satu kementerian sahaja. Saya harap kementerian itu buat dan sanggup memikul beban yang besar.
“Kita serahkan Mara kepada Kementerian Pembangunan Luar Bandar,” katanya dalam sesi forum Kongres Bumiputera Nasional di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, hari ini.
Terdahulu kakitangan Mara bingkas bangun bertanyakan mengenai status badan itu kepada Dr Mahathir yang mahu Mara dipimpin oleh bukan ahli politik yang nyata memburukkan kedudukan badan itu.
Dr Mahathir berkata, sehingga hari ini pihaknya masih melihat keperluan untuk melantik pegawai bagi membantu Mara, namun berjanji akan membantu demi memastikan Mara berjaya walaupun di bawah satu kementerian sahaja.
“Mara bukan satu bidang kecil, ia terlibat dengan pembangunan di luar bandar, perniagaan, latihan pembelajaran dan macam-macam bidang lagi ada dalam Mara.
“Saya janji akan berikan bantuan secukupnya kepada kementerian ini, kalau ada keperluan pegawai kita akan sediakan. Kalau perlu ada bantuan dari pihak luar, kita akan beri.” katanya. -MalaysiaGazette
Previous
Next Post »
loading...