Get $25 free
loading...

(ORANG MATI TAK BOLEH JAWAB FITNAH) ‘Bukan kerana saya Allahyarham JJ kaya’ - Najib


KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan hubungan baik antara beliau dengan bekas Ahli Parlimen Rompin, Allahyarham Datuk Seri Dr Jamaludin Jarjis membolehkan arwah mengumpul kekayaan dianggarkan berjumlah RM2.1 bilion.

Dalam catatan di laman Facebook miliknya, Najib mendakwa, arwah sudah dikenali sebagai seorang ahli perniagaan yang berjaya dan kaya ketika beliau mula memegang jawatan sebagai perdana menteri.

Menurutnya, kekayaan dimiliki arwah bertitik-tolak selepas beliau membuka syarikat kejuruteraan pada tahun 1984 dan dua tahun kemudian membeli syarikat EPE Power yang kemudiannya disenaraikan dalam Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) pada tahun 1990an.


Ketika inilah, Allahyarham memperolehi kekayaannya dan berupaya untuk membuat pelaburan dalam projek lain yang menghasilkan pendapatan kepadanya.

“Saya melihat ramai bertanya mengenai harta peninggalan Allahyarham Tan Sri Dr Jamaludin Jarjis yang dianggarkan berjumlah RM2.1 bilion. Ada juga yang menuduh bahawa hubungan Allahyarham dengan saya ialah punca kekayaan Allahyarham.

“Agak sedih pelbagai tuduhan dilempar kepada Allahyarham yang tidak dapat menjawab segala tohmahan serkap jarang tanpa usul periksa,” katanya.

Tambah Najib, syarikat dimiliki arwah turut dianugerahkan projek penjana elektrik bebas (IPP) di Sabah pada tahun 1990an di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan beberapa projek penswastaan lain.

Dalam pada itu, Najib menganggap bekas Pengerusi Tenaga Nasional itu sebagai seorang yang berpelajaran tinggi dan peniaga Melayu yang berjaya di Malaysia.


“Walaupun arwah ada hubungan yang baik dengan saya, beliau tidak pernah meminta apa-apa projek dari saya.

“Dia telah meninggal di bawah keadaan yang begitu tragis dan kita tidak patut bersangka buruk kepada beliau dengan pelbagai tuduhan yang tidak berasas,” ujarnya. - SH
Previous
Next Post »
loading...