Get $25 free
loading...

Perjanjian tanpa Exit clause, siapa bodoh?

“Exit Clause” Bogeyman Baharu Mahathir Yang Cedera Parah di China

1. Mahathir “cedera parah” di China. Pulang tanpa sebarang hasil untuk ekonomi negara atau maruah. 

2. Marah dengan layanan China ke atasnya, Mahathir the great pulang dan mengumumkan pembatalan projek ECRL dan Paip Gas Sabah yang membabitkan pembiayaan kewangan dari Bank Exim China dan kontraktor China. 

3. Mahathir tidak berani mengisytiharkan “buy China Last” seperti mana beliau buat kepada UK pada 1981.  Jika beliau berbuat demikian yang akan “mampus” cepat ialah para kroni beliau yang telah mengeluarkan banyak wang untuk kemenangan Pakatan Harapan. 

4.  Jadi biar negara rugi kerana yang akan menanggung kos pembatalan ialah duit kerajaan bukan duit keluarga dan kroni beliau. 

5. Bagi menghalalkan pembayaran ganti rugi demi ego beliau, Mahathir telah pun menyediakan kambing hitam iaitu Najib Razak. 

6.  Beliau menggelar Najib Razak bodoh kerana menandatangani perjanjian ECRL tanpa “exit clause”. Dakwa Mahathir atas sebab itu kerajaan perlu bayar pampasan yang tinggi. 

7. Maka ramai penyokong Pakatan pun bersorak sakan menyebarkan berita tersebut seolah-olah inilah bukti maha besar menunjukkan ada sesuatu yang tidak kena dengan projek ECRL. 

8. Kita pun keliru perjanjian mana yang tidak ada “exit clause”? Perjanjian pembiayaan dengan Exim Bank China atau dengan kontraktor ECRL? 

9. Lebih mengelirukan ialah apakah maksud Mahathir mengenai “exit clause” adakah ia sama dengan “termination contract” atau penamatan kontrak?

10. Jika kerajaan melantik kontraktor pembinaan mesti ada syarat penamatan berdasarkan kegagalan-kegagalan kontraktor melaksanakan terma kontrak. 

11. Maaflah belum pernah saya dengar ada kontrak pembinaan yang mempunyai “exit clause” ala Mahathir yang membolehkan pemilik projek menamatkan kontraktor sesuka hati dan bila-bila masa dengan pampasan yang rendah. 

12. Masalah hari ini ialah Mahathir mahu menamatkan kontrak pembinaan yang sedang berjalan tanpa sebarang sebab teknikal. 

13. Apabila beliau mahu menghentikan satu projek berpuluh bilion atas sebab politik dan khayalan maka tentulah jumlah pampasan akan tinggi. 

14. Mungkin Mahathir boleh beri contoh exit clause yang ada dalam konsesi lebuh raya Utara Selatan dan Jambatan bengkok pada zamannya untuk kita buat perbandingan. 

15. Saya tidak fikir perjanjian ECRL dan Paip Gas Sabah satu kebodohan Najib Razak? Adalah gila jika ada orang buat perjanjian pembinaan keretapi dan saluran paip gas yang mempunyai klausa boleh menamatkan projek sesuka hati. Lagi gila jika anda fikir Perdana Menteri yang draf perjanjian. 

16. Pembinaan ECRL dan Paip Gas Sabah adalah perjanjian pembinaan bukan “perjanjian perkhidmatan dan pembekalan”.   Yang perlu ada ialah “termination clause” jika tidak ikut jadual dan spesifikasi yang ditetapkan.   

17. Namun kita sudah melihat banyak klausa perjanjian bodoh zaman Mahathir seperti konsesi Lebuh Raya dibenarkan naik kadar tol sebanyak 10% setiap tiga tahun dan akan dibayar pampasan beratus juta setahun jika kerajaan tidak benarkan kenaikan tersebut. 

18. Kita juga pernah berhadapan klausa bodoh perjanjian konsesi tol zaman Mahathir bila mana syarikat konsesi akan mendapat pampasan jika jumlah kutipan tol tidak seperti dalam projeksi keutungan mereka. 

19. Kita juga pernah melihat Mahathir melaksanakan projek bodoh jambatan bengkok tanpa persetujuan Singapura dan terdedah kepada ancaman undang-undang antarabangsa kerana bakal meruntuhkan sebahagian Tambak Johor. 

20. Kita juga sudah pun jadi bodoh pada zaman Mahathir The Great apabila Proton kerugian lebih RM500 juta dalam urusniaga MV Augusta. 

21. Bapa segala kebodohan ialah jika kita membenarkan Mahathir menggunakan isu “exit clause”, untuk menyelamatkan egonya yang tercalar teruk di China.

- Ab Jalil Backer
Previous
Next Post »
loading...