Get $25 free
loading...

Tiada Dalam Sejarah, Kerajaan Arab Jemput PEMBANGKANG


Hubungan Saya Dengan Raja Salman Bagaikan Anak dan Bapa – Najib

KUALA LUMPUR, 26 Ogos – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mendedahkan bahawa hubungan beliau dan Raja Arab Saudi, Raja Salman adalah seperti hubungan seorang bapa dan anak, di mana ekoran keakraban itu segala perancangan beliau untuk Islam dan umatnya, termasuk memerangi keganasan pelampau Islam Asia Barat ditanggung oleh Raja Salman.

Sebab itu menurut beliau, tidak pernah terjadi di dalam sejarah negara semenjak merdeka, apabila kerajaan Arab Saudi mengiktiraf dan menjemput pemimpin dari bukan kerajaan untuk ke majlis rasmi kerajaan Arab Saudi itu.

“Ramai tidak tahu hubungan saya dan baginda bagaikan anak dan bapa. Sebab itu segala perancangan saya akan ditanggung oleh baginda sendiri untuk saya. termasuklah isu perangi keganasan puak pelampau di negara-negara Asia barat.

“Sebab itulah berlakunya peristiwa yang tidak pernah pernah terjadi dalam sejarah negara kita sejak merdeka, apabila pemimpin bukan dari kalangan kerajaan diiktiraf dan dijemput ke majlis rasmi kerajaan Arab Saudi. Saya dengar pesawat Khas Kerajaan Arab Saudi sudah bersedia membawa saya tapi malangnya saya telah disenarai hitamkan oleh pihak imigresen dari ke luar negara,” jelasnya dalam entri terbaru beliau di laman facebook rasminya, Najib Razak.

Tambah Najib, Raja Salman turut menyatakan rasa kesalnya kepada beliau dan menganggap tindakan kerajaan PH hari ini menutup Pusat Keamaman Antarabangsa King Salman di Putrajaya ada biadap.

“Baginda turut kesal terhadap kerajaan PH hari ini kerana bertindak biadab menutup Pusat Keamanan Antarabangsa king Salman di Putrajaya yang diluluskan saya dulu. Malah, beliau turut kesal tindakan kerajaan Malaysia menarik balik pasukan tentera yang ditugaskan untuk mengawal keselamatan di Makkah dan Kaabah ketika zaman saya.

“Meskipun tidak disebut secara terbuka, bagi yang faham senario geopolitik Asia Barat, tentu ramai maklum hubungan kurang mesra Dr Mahathir dengan Arab Saudi sejak dulu tiada kesudahan termasuk isu derma RM2.6 bilion untuk menfitnah saya akhirnya kerajaan Barisan Nasional dapat ditumbangkan

Apapun saya ucap tahniah kepada DS Ahmad Zahid Hamidi bagi mewakili saya,” ujar Najib
Previous
Next Post »
loading...