Get $25 free
loading...

Kisah Lebai Layan Debat Mahacai di kedai kopi

Gambar hiasan

PH=BN2.0

Bicara di kedai Kopi antara seorang Lebai dan Mahacai di sebuah pekan.

Mahacai : PAS sekarang dah tak macam dulu, sekarang PAS bergabung dengan UMNO

Lebai : PKR dan PAN dah tak macam dulu, dulu lawan Tok Det, sekarang angkat Tok Det jadi hero.

Mahacai : PAS gadai prinsip sebab bersama dengan UMNO yang kaki rasuah, merompak duit rakyat, salah guna kuasa.

Lebai : PKR gadai prinsip sebab bersama dgn Tok Det yang bapak segala perasuah. Bapak perompak, kepala penyamun. 22 tahun jadi Perdana Menteri, anak beranak semua jutawan. Dulu PKR dan PAN la yang gelar Tok Det sebagai Maha Firaun, Maha Zalim. Sekarang boleh angkat jadi ketua. Sedih!

Mahacai : Tu dulu, masa dia berkuasa. Sekarang dia dah tiada kuasa. Dia dah insaf. Dia nak perbetulkan balik kesalahan dia. 

Lebai : UMNO pon macam tu jugak. Tu dulu masa mereka ada kuasa, memang mereka kaki rasuah, lupa diri dan sebagainya. Sekarang UMNO dah tiada kuasa. Dah tiada apa-apa. UMNO pun dah dihukum oleh rakyat dengan kekalahan dalam PRU14. UMNO pun nampak macam sudah sedar akan kesilapan mereka. Apa salahnya bagi mereka peluang untuk berubah dan perbaiki balik kesilapan mereka. 

Mahacai : Takkan pelbagai kerosakan yang UMNO buat dulu PAS boleh maafkan macam tu ja?

Lebai : Takkan pelbagai kerosakan, kezaliman yang Tok Det buat dulu khadam boleh maafkan dan sucikan macam tu ja? Tanpa didakwa? Tanpa ada siasatan? Dimana ketelusan dan keadilan dlm Pakatan Harapan? PAS tak pernah sucikan UMNO, kalau betul UMNO salah, kerajaan Pakatan Harapan siasat dan dakwa mereka yang bersalah tu. Pakatan Harapan kan dah ada kuasa, apa lagi? Siasat la. Tu kerja kerajaan Pakatan Harapan bukan kerja PAS.

Mahacai : Emmm.. Emmmm.. Emmmmm.. Sudah lah! Macam ni la perangai orang PAS. Sentiasa nak menang. Tak boleh terima teguran,  tak boleh dikritik. 

Lebai : Aikk... Kita dah jawab dengan hujah pun, masih nak cakap kita tak boleh terima kritikan. Dasar khadam!

Mahacai : Errrrrr... Argh..

Nasib baik tak terbalik meja sebab Mahacai naik Syeikh..

#MalaysiaBaharuPalaBana

- Mat Rodi

------------------------------------
Previous
Next Post »
loading...