Get $25 free
loading...

Kita tidak memerlukan retorika 'Bangsa Malaysia'


Kita tidak memerlukan retorika 'Bangsa Malaysia'.

Malaysia terdiri daripada masyarakat berbilang kaum, berbilang agama, dan berbilang budaya. Kekuatan kita adalah justeru kepelbagaian ini, yang diikat kepentingan bersama, dipacu oleh kesetiaan kepada negara. 

Kepelbagaian menjadi kekuatan apabila setiap kaum dapat mengekalkan budaya dan bahasa masing2, tidak hilang kerana adanya hegemoni yang satu ke atas yang lain, pemaksaan untuk menghapuskan identiti kaum lain. Kita patut meraikan perbezaan kaum, dan ini yang telah kita lakukan sejak merdeka. Dengan demikian diharapkan muncul sifat saling menghormati dan kasih antara satu sama lain.

Konsep bangsa Malaysia cuba menyatukan perkara yang berbilang itu maka yang muncul adalah perpaduan yang rapuh, ia tidak akan memperkuat sebaliknya akan melemahkan. Indonesia telah cuba menyatukan pelbagai bangsa itu menjadi satu bangsa iaitu bangsa Indonesia tetapi gagal kerana kaum Cina tetap dengan identitinya sendiri, budaya dan bahasanya sendiri.

Maka adalah lebih baik setiap bangsa/ kaum bekerja keras untuk memperkasakan bangsanya masing-masing. Orang Melayu perlu berusaha memperkasakan bangsa Melayu agar tidak ketinggalan dengan bangsa-bangsa lain. Usaha ini perlu dipandang positif oleh kaum Cina dan India, kerana seorang jiran yang baik akan ikut bergembira apabila jirannya mendapat kejayaan dan bukan sebaliknya.

-DR KHALIF MUAMMAR
Previous
Next Post »
loading...