Macam tak percaya mileage kereta aku dah cecah 200,000km. Actually kalau ikut nombor yang terpapar pada odometer masih belum officially cecah angka tu pun, cuma lagi berapa ratus km nak cukupkan.
Tapi disebabkan tak nak terlebih mileage untuk next service, so alang-alang aku ada masa terluang sikit ahad lepas.. terus jumaat tu buat appointment untuk schedule servis 200,000km tu dekat Toyota SC Bangi – Kebiasaannya SC Toyota tutup pada hari ahad, tapi disebabkan nak raya haji.. so diorang buka hari ahad supaya memudahkan pelanggan nak servis kereta masing-masing.
Kali ni untuk servis mileage 200,000km, vios aku masih lagi dikenakan minor servis kerana untuk major servis aku buat setiap 80,000km (meaning to say, next major service aku kena buat pada mileage 240,000km.. lambat lagi. Hohoho).
Dan untuk minor servis ini pula, tak banyak benda pun nak kena tukar. Cuma barang standard macam minyak hitam, fuel injector cleaner, cabin filter dan beberapa pemeriksaan Maxcheck Advance termasuklah periksa ketebalan brake pad dan tayar.
So far, aku diberitahu untuk brake pad masih lagi boleh bertahan sehingga next service. Tapi kalau diminta untuk tukar pun, aku akan buat kat kedai luar je. Sebab murah sikit. Dan tayar pun aku tak prefer untuk tukar di SC, aku selalu pergi kedai tayar di Seksyen 7. Boleh dapat tayar Bridgestone Potenza RE080. Heheheh.
Quoted price untuk servis 200,000km ialah RM240+, tapi lepas siap semuanya.. actual price ialah RM390+.. sebab adanya tambahan fuel injector cleaner, engine flush dengan cabin air filter.
Hadap je la kan.. nak kereta perform dengan baik, maintenance kena jaga. Hohoho.
p.s: Aku tak tahu kenapa aku tak berapa yakin nak servis vios aku kat kedai luar walaupun sebenarnya aku tahu boleh dapat dengan pakej harga yang lebih murah. Maybe sebab keselesaan dan service quality tu sendiri kot