Get $25 free
loading...

(BANYAK CAKAP) Rakyat tak mahu alasan, cuma nak harga barang turun

KUALA LUMPUR 8 Zulhijjah 1439H, Isnin – Kerajaan tidak usah memberi sebarang alasan sekiranya harga barang terus meningkat, selepas cukai jualan dan perkhidmatan (SST) dilaksanakan 1 September ini.
Dalam masa sama, Ahli Dewan Negara, Senator Khairul Azwan Harun berkata, kerajaan juga tidak boleh sama sekali menggunakan faktor minyak antarabangsa atau kos meningkat punca kenaikan harga barang.
Ini kerana katanya, dua faktor tersebut adalah punca utama kenaikan harga barang ketika pelaksanaan sistem cukai barang dan perkhidmatan (GST).
Rakyat tidak sanggup lagi mendengar semua ini walaupun ketelusan adalah melalui sistem GST berbanding SST.
“Tidak mengapa, kita terima sebab mandat rakyat kepada PH, tetapi jangan apabila barang meningkat kelak, diguna pakai semula kerana yang menjadi mangsa adalah rakyat,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika membahaskan Rang Undang-undang Cukai Jualan 2018 dalam sidang Dewan Negara, hari ini.
Sebelum ini, kerajaan terdahulu telah memperkenalkan cukai GST sebagai salah satu langkah dalam mengemas kini dan menaik taraf sistem percukaian di Malaysia.
GST dikenakan ke atas barang dan perkhidmatan di setiap peringkat pengeluaran dan pengedaran dalam rantaian pembekalan termasuk barang dan perkhidmatan yang diimport. - ismaweb
Previous
Next Post »
loading...