Get $25 free
loading...

RASIS? (Nasi putih, ketupat kena SST) kuih bulan tidak kena SST

KERAjaan Pakatan Harapan (PH) melalui Jabatan Kastam Diraja Malaysia telah mengeluarkan panduan mengenai cadangan kadar cukai julan untuk pelbagai barangan di laman sesawangnya.

Agak banyak juga barangan yang dikenakan cukai SST dan sebahagian besarnya mendapat reaksi yang mengecewakan dari netizen.

Antara yang menarik perhatian adalah nasi putih yang akan dikenakan cukai selain biskut marie, roti canai dan air mineral.

[ ARTIKEL BERKAITAN : Harga barang naik lepas SST – Menteri ]

[ ARTIKEL BERKAITAN : SST: Kita merancang, Tuhan menentukan – Lim ]

Makanan tradisi orang Melayu ketika menyambut perayaan seperti 'ketupat dan serunding' turut dikenakan cukai tetapi yang menjadi tanda tanya mengapa makanan tradisi kaum Cina iaitu 'kuih bulan' tidak dikenakan cukai?

Dan yang paling mengecewakan adalah Air Zam Zam yang terkenal dengan air suci umat Islam juga turut dikenakan cukai. Tetapi tidak diketahui atau tidak tersenarai 'holy water' samada dikenakan cukai SST atau tidak. Senarai penuh boleh lihat di sini.

[ ARTIKEL BERKAITAN : Laksana SST kesilapan besar dalam dunia — Ameer Mydin ]

[ ARTIKEL BERKAITAN : Kapal angkasa dikecualikan SST ]

Rata-rata netizen menyatakan rasa kecewa memandangkan sebelum ini KERAjaan PH memberi pengecualian kepada kapal angkasa dari dikenakan cukai SST, tetapi malangnya barangan makanan yang telah sinonim untuk golongan miskin pula dikenakan cukai SST.

KERAjaan PH akan melaksanakan cukai SST pada 1 September ini di mana dijangkakan akan berlaku kenaikan harga barang yang drastik seperti yang ditekankan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dua hari lalu.






© Nasi putih, ketupat kena SST, kuih bulan tidak - Abu Leman

Sumber: https://abuleman.blogspot.com/2018/08/nasi-putih-ketupat-kena-sst-kuih-bulan-tidak.html?m=1
Previous
Next Post »
loading...