Get $25 free
loading...

DIAM2, KELUAR, Stopa Spenda Sokong PH


WAWANCARA | Pakatan Harapan (HARAPAN) menerima pelbagai kecaman dan kritikan susulan kegagalan gabungan yang dipimpin Tun Dr Mahathir Mohamad itu memenuhi janji 100 hari yang dikemukan dalam manifesto pilihan raya mereka.
Namun, bagi Pengerusi Lembaga Penasihat PAS, Datuk Mustafa Ali, kegagalan itu adalah perkara biasa dan rakyat tidak boleh menghukum kerajaan sebagai ‘penipu’.
Menurutnya, HARAPAN dilihat cuba untuk menyelesaikan perkara-perkara yang dijanjikan dan ada perkara yang dilaksanakan dengan begitu drastik seperti penghapusan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).
Untuk memenuhi janji, tidak semua dapat dipenuhi seperti mana yang disebut sebelum ini. Sebab ada perkara yang kita janji tetapi berdasarkan perspektif masa itu.
"Bila sudah tiba masanya kita mentadbir kita tengok ia bukan seperti yang kita andaikan pada awalnya.
“Saya nampak keseriusan dan kesungguhan masing-masing (menteri) melaksanakan tugas. Perkara biasa benda yang memakan masa, ada perkara yang perlu proses undang-undang dan melibatkan kos.
Kita tak boleh hukum begitu, bukan masalah tipu, kita tidak boleh guna perkataan itu. Ada perkara mereka sendiri akui tak dapat laksanakan dalam tempoh 100 hari, ia bukan sesuatu yang luar biasa,” katanya pada sesi wawancara eksklusif bersama Malaysiakini, di Kuala Terengganu, kelmarin..
Bekas setiausaha agung PAS itu berkata demikian ketika ditanya berhubung kegagalan HARAPAN memenuhi 10 janji utama mereka dalam tempoh 100 hari yang ditetapkan berakhir hari ini.
Terdahulu, HARAPAN dalam manifestonya mengemukakan 10 janji utama untuk direalisasikan dalam tempoh 100 hari pemerintahan, antaranya menghapuskan GST, penghapusan tol, pelaksanaan gaji minumun, menstabilkan harga petrol dan memperkenalkan subsidi bersasar serta menghapuskan hutang tidak wajar yang dikenakan ke atas peneroka.
Perubahan positif
Mengulas lanjut, Mustafa berkata, penipuan kerajaan hanya wujud jika ada perkara yang sepatutnya boleh laksanakan tetapi sengaja tidak dilakukan.
Kalau ada perkara yang boleh buat tetapi mereka tak laksanakan, itu baru boleh kita kata sebagai tipu.
“Misalnya dalam isu royalti minyak, mereka sudah janji akan tunaikan. InsyaAllah saya yakin perkara itu akan ditunaikan kepada Kelantan dan Terengganu nanti,” katanya.
Sementara itu, ditanya pendapatnya mengenai perubahan kerajaan persekutuan yang berlaku selepas pilihan raya umum ke-14 (PRU14) beliau beranggapan ia sebagai sesuatu yang positif.
Menurutnya, peralihan kuasa daripada BN kepada HARAPAN juga dapat dilaksanakan secara aman tanpa sebarang masalah sebagaimana yang sepatutnya berlaku.
Seperti yang diputuskan oleh HARAPAN, Dr Mahathir akhinya menjadi perdana menteri. Beliau selaku orang yang berpengalaman juga mempunyai strategi dalam mengatur pentadbiran.
“Dalam penyusunan kabinet juga beliau tidak lakukan secara sekali gus, sebaliknya berperingkat-peringkat. Itu strategi perdana menteri untuk melihat keperluan tertentu,” katanya.
Previous
Next Post »
loading...