Get $25 free
loading...

[ALI TAMAT ESOK] Ismail Bakar dilantik ketua setiausaha negara baru

Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Seri Ismail Bakar dilantik sebagai ketua setiausaha negara yang baru, berkuat kuasa esok.
Beliau akan menggantikan Tan Sri Ali Hamsa yang kontraknya tamat esok.Difahamkan hari ini (Selasa) merupakan hari terakhirnya di pejabat.
Ismail sebelum ini memegang jawatan ketua setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, sebelum dilantik sebagai ketua setiausaha perbendaharaan pada 12 Jun lalu.
Pada 17 Ogos lalu, sumber daripada Jabatan Perkhidmatan Awam memberitahu FMT, Ali dijangka bersara 29 Ogos ini, selepas memegang jawatan itu selama 6 tahun.
Katanya, kontrak Ali tidak akan diperbaharui, walaupun ada beberapa pihak berharap kontraknya akan dilanjutkan.
Ali, 63, dilantik sebagai ketua setiausaha negara pada 2012. Beliau antara penjawat awam tertinggi yang dikekalkan kerajaan baru selepas pilihan raya umum Mei lalu.
Kumpulan bekas penjawat awam, G25, baru-baru ini menggesa Ali berundur susulan kritikan beberapa pihak, termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad yang berkata, beliau mewarisi kerajaan dengan pegawai tertingginya rasuah. - fmt
Previous
Next Post »
loading...