Saya, Dato' Wong Mun Kheong, serta rakan-rakan setugas saya, ingin memaklumkan kepada orang ramai bahawa, kami telahpun membuat KEPUTUSAN MUKTAMAD, untuk mengadakan MOGOK yang SEKERAS-KERASNYA, menentang implementasi SST, yang akan dilaksanakan pada 1hb September, 2018 oleh Tun Dr Mahathir dan Encik Lim Guan Eng.
Kami akan, bersama dengan semua rakyat Malaysia, MOGOK SECARA AMAN DAN DAMAI, dengan cara TIDAK KELUAR DARI RUMAH pada jam 12 malam tepat pada 1hb, September, 2018 SEHINGGA jam 11.59 malam tepat pada 4hb September, 2018.
Mogok selama 96 JAM ini, adalah berdasarkan kepada kata-kata kedua-dua individu tersebut, yang mengatakan bahawa, "kalau ada sesiapa yang enggan dikenakan SST, maka janganlah membeli apa-apa barang ataupun perkhidmatan."
Apabila kita TIDAK KELUAR DARI RUMAH kita masing-masing, maka kita tidak akan "membeli" apa-apa barang ataupun "membeli" apa-apa perkhidmatan yang akan dikenakan SST ke atas kita.
Dengan berbuat demikian, kita dapat MENUNJUKKAN kepada kedua-dua individu tersebut bahawa, kita TIDAK AKAN TUNDUK kepada keangkuhan mereka, yang mereka anggap kita sebagai bedut.
Dengan berbuat demikian juga, kita dapat melumpuhkan ekonomi negara dengan segera, dan seterusnya, MEMAKSA kedua-dua individu tersebut MELETAK JAWATAN, dan MENGADAKAN RUNDINGAN YANG BARU antara kerajaan pusat dengan rakyat Malaysia; supaya perlaksanaan dasar-dasar ekonomi yang lebih mantap, matang dan bermanfaat kepada rakyat jelata.
Maka, saya merayu kepada semua pihak, supaya kita dapat MENJAYAKAN mogok ini, demi MASA DEPAN anak-anak dan cucu-cicit yang kita cintai dan sayangi.
Kalau rakyat Perancis, sebagai sebuah negara yang matang fikirannya, boleh adakan mogok dan BERJAYA menggulingkan dan menumpaskan kerajaan, supaya rakyat mereka hidup dengan keadaan ekonomi yang lebih selesa, mengapa kita tidak boleh?
Fikirlah, wahai rakyat Malaysia!!!
Sekian, terima kasih...
Dato' Wong Mun Kheong
P/S 1: Sila "share" beramai-ramai kepada seberapa banyak rakan-rakan yang anda boleh. WE MUST MAKE A REAL CHANGE!!!
P/S 2: Kita tak boleh gagal. Kita mesti tunjukkan bahawa kita tak tunduk kepada DAP!!!
Nota:Tulisan ini merupakan pandangan peribadi penulis, tiada semestinya menjadi pandangan rasmi Celah Gelegar